Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, tutorial kali ini saya nak berkongsikan tutorial berkenaan bagaimana nak mengenalpasti akaun facebook yang palsu (fake account), biasanya akaun facebook palsu akan menyebarkan perkara perkara yang tak bermanfaat dengan niat jahat bertujuan menyebarkan fitnah(berita palsu), menyebar propaganda politik bertujuan memecah belah. Perbuatan ini memang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri, apabila fitnah dan ayat ayat kebencian di paparkan, ramai yang terpengaruh dan boleh mengakibatkan salah faham dan memberikan spekulasi yang negatif, secara tidak langsung akan membuatkan persekitaran menjadi tidak tenteram dan kacau bilau.
Di akhir zaman kemodenan teknologi sosial media, fitnah semakin berleluasa di mana berita palsu begitu mudah di sebarkan, dan di percayai tanpa selidik terlebih dahulu. Secara jujurnya, saya lebih risau fitnah berbanding dengan virus Covid-19 itu sendiri, kerana bahayanya fitnah ini boleh memporak porandakan kehidupan dan bertujuan menakut-nakutkan, perkara yang tak wujud, di reka cerita dan di sebarkan. Allah pernah berfirman, "Fitnah itu besar (kejam) dari melakukan pembunuhan.” (QS. Al-Baqarah: 217). Fitnah di reka oleh pembenci, di sebarkan oleh orang kurang cerdik, di percayai oleh orang bodoh.
Ada banyak cara untuk mengenalpasti akaun facebook palsu (fake) ini, salah satunya adalah dengan melihat gambar profil yang di gunakan, kebiasaannya jika akaun facebook itu asli, pemilik akan menggunakan gambar pemilik yang sebenar, bukannya meletakkan gambar palsu yang di ambil dari google, namun ada juga yang meletakkan gambar dari image google seperti gambar bunga atau dan lain lain sebagai profile facebook, tujuannya mungkin hanya lah sekadar suka suka sahaja. Tapi dengan cara ini, korang boleh mengenalpasti akaun facebook tersebut adalah palsu atau tidak, khususnya bagi yang ingin mencari jodoh atau sebagainya, nama di profil Liana Hamid, gambar profil punyalah cantik, tapi rupa rupanya samad, haha
Cara Cara Untuk Mengenalpasti Akaun Facebook Palsu atau tidak, korang boleh save picture as terlebih dahulu gambar profil pemilik akaun tersebut, selepas itu, korang boleh pergi ke google image untuk mengenalpasti sama ada gambar itu di ambil dari google atau sebagainya. Sila tekan di SINI, untuk ke Google Image. Tekan pada gambar ikon kamera dan upload gambar profil akaun facebook tersebut.
Sebagai contoh nama yang di gunakan untuk profil facebook adalah Alya Maisarah, kemudian save picture as gambar profil yang di gunakan, dan korang muat turun di Google Image. Cara untuk upload gambar, korang tekan pada butang camera dan akan di paparkan butang upload dan image link. Upload gambar tersebut, dan google akan mengenalpasti siapa pemilik asal bagi gambar tersebut berserta dengan sumber asal dari mana lengkap dengan link url.
Risaunya zaman sekarang ni macam2 boleh jadi. Kena sentiasa berhati-hati
BalasHapusTERIMA KASIH PERKONGSIAN...
BalasHapusDAH BERWAJAH BARU YA...
terima kasih cikgu atas perkongsian
BalasHapuskena berhati2 zaman skrg ni macam2 scam ada
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.