Hari ini kami meraikan majlis perpisahan seorang kerani pembantu tadbir teknologi maklumat yang akan berpindah ke jabatan yang baru berkuatkuasa pada Januari 2021. Majlis makan makan di Seoul Garden ini di sambut dengan begitu meriah dengan kehadiran semua kakitangan teknologi maklumat walaupun kami semua di dalam kesedihan dan suasana pilu kerana yang pasti akan kehilangan seorang pembantu tadbir yang terbaik berkhidmat dengan Jabatan Teknologi Maklumat sejak lima tahun yang lalu.

Adat bekerja di organisasi terutamanya di sektor kerajaan di mana setiap lima atau dua tahun, kakitangan akan di gerakkan atau pun di pindahkan ke unit lain supaya lebih berpengalaman, proaktif dan dinamik. Walau macam mana pun, ibarat pepatah 'Patah Tumbuh Hilang Berganti', kekosongan itu akan ada penganti kerani yang baharu. Redha dan terima sahaja lah keputusan walaupun pahit jika itu aturan yang di tentukan oleh pihak pengurusan kami.

Tidak lah semudah seperti yang di sangka apabila bekerja di Jabatan Teknologi Maklumat, kerana berbagai bagai gaya, perangai dan ragam boleh di temui bermula dari juruteknik komputer, programmer (pengaturcaraan) sehinggalah ke pegawai pengurusan profesional, kepada pembantu tadbir yang baru nanti, harap bersabarlah dengan perangai setiap staff teknologi maklumat ini. Kalau terlihat, tiba tiba programmer bercakap seorang diri tu, faham faham je la ya. haha, suatu ketika bekerja dengan mesin akan membuat kan kakitangan IT menjadi lebih anti-sosial dan pendiam. 

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Pembantu tadbir ini telah berkhidmat selama lima (5) tahun di Jabatan Teknologi Maklumat, memang cekal dan tabah, telah faham selok belok berkaitan hal ehwal kerja Teknologi Maklumat terutamanya melibatkan sistem kewangan, audit dan inventori stok. Majlis perpisahan kali ini, lokasi makan amat istimewa berbanding majlis yang terdahulu sebelum ini. Jadi jepun dan korea, makan seafood, daging empuk dan berkonsepkan bakar dan makan ala ala Steamboat. 

Sebagai orang teknikal, amat lah tidak seronok apabila kerja melibatkan documentation, memang paling tak suka pun sebenarnya kalau nak draf kertas kerja dan sebagainya, pembantu tadbir ini lah yang sedikit banyak membantu mendrafkan dokumentasi, surat menyurat panggilan mesyuarat, urusan kursus saya dan sebagainya. Kepada beliau, selamat maju jaya dan terus sukses bertugas di Jabatan yang baru nanti, sebenarnya, masih lagi berjumpa di organisasi yang sama, cuma berbeza jabatan sahaja. Haha.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.