Berikut ialah tutorial bagaimana Cara Membuat Nota Dengan Pantas Menggunakan Google Docs. Cara ini sesuai di gunakan bagi pelajar IPTA atau IPTS yang mana ingin menyalin nota hanya melalui rakaman percakapan pensyarah (voices typing), masalah utama yang berlaku, apabila pensyarah bercakap di didalam kelas, pelajar terlalu sibuk untuk menulis nota sehinggakan tidak fokus apa yang pensyarah cakap terutamanya isi isi utama yang penting. 

Banyak sebenarnya fungsi Google yang tersedia ada, yang paling best sekali, percuma. Tak rugi pun untuk kita untuk mencuba setiap fungsi fungsi yang terdapat di dalam Google. Zaman ini, teknologi berlalu begitu pantas dan kita harus mengikuti peredaran semasa agar tidak ketinggalan.

Antara cara pantas yang lain untuk membuat nota, adalah dengan menggunakan alat rekorder (rakaman) audio dan boleh juga menggunakan Google Docs. Apa pun, terpulang mengikut keselesaan masing masing.  

Cara Membuat Nota Dengan Pantas Menggunakan Google Docs

Okay, jom kita lihat Cara Membuat Nota Dengan Pantas Menggunakan Google Docs , fungsi ini telah lama wujud di Google. Anda hanya perlu menggunakan Google Docs dan ikuti langkah demi langkah untuk mudah faham. Saya lebih suka menggunakan google docs ini untuk menampilkan kandungan yang tertentu. Jika ingin mengemaskini maklumat, boleh mengedit semula kandungan hanya melalui smartphone sahaja.

Cara cara membuat nota dengan pantas ini ialah google docs akan merakam perbualan menggunakan teknik merekod suara dan seterusnya google docs akan menukarkan suara tersebut di dalam bentuk Teks. Terbaik kan?

Cara Membuat Nota Dengan Pantas Menggunakan Google Docs

Buka Google Docs menggunakan akaun emel anda, cari template yang sesuai atau boleh pilih blank page dan seterusnya pergi ke menu Tools dan seterusnya pilih Voice Typing. Butang rekod akan di paparkan apabila anda tekan pada Voice Typing. Saya menyarankan agar anda menggunakan portable microphone untuk merakam percakapan. Mudahkan? kepada yang ingin mencuba Cara Membuat Nota Dengan Pantas Menggunakan Google Docs , boleh mencuba kaedah ini. 

Cara Membuat Nota Dengan Pantas Menggunakan Google Docs

Saya sebenarnya lebih selesa menulis, walaupun kadang kadang tak faham pun apa yang saya tulis, sebab pensyarah cakap laju dan kebiasaannya pensyarah atau guru akan bercakap di luar topik, kalau kelas dua (2) jam, satu jam setengah tu dia akan cerita pasal semalam dia makan apa, masa balik rumah jumpa hantu, dan lagi berberapa minit kelas nak tamat, tutor beritahu, selamat berjaya semua dan jangan lupa baca buku. Haha, tapi tak semua ya yang berperangai begitu, seronok juga sebenarnya, kalau terlalu serius pun tak best kan? Walaubagaimanapun, tutorial ini hanya untuk makluman anda sahaja, terpulang mahu menggunakan atau tidak.  

Melaka sekarang PKP dua minggu bermula 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021, memang tiada pilihan lain selain dari bekerja dari rumah, banyak jugalah urusan tangguh dan tergendala, kepada anda semua, patuhi SOP dan amalkan penjarakkan fizikal dan duduk rumah. 

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.