Assalamualaikum dan selamat pagi semua, di harapkan semua sihat dan sentiasa berwaspada dan patuhi SOP penjarakkan fizikal, keadaan sudah tidak terkawal, beringatlah, disiplin kan diri untuk mencegah dan jangan leka. Maaf kurang mengemaskini artikel di awal tahun baru ini, kerana sibuk sedikit dengan urusan pejabat. Awal tahun kan? Masih tercari cari idea sebenarnya untuk menulis artikel dengan kandungan yang lebih segar dan relevan di tahun 2021.

Azam saya di tahun baru 2021 ini ialah Mahu Belajar Sesuatu Yang Baru sama ada di dalam teknologi mahupun sebagainya. Asalkan perkara baru itu lebih bermanfaat dan seterusnya boleh kongsikan kebaikan kepada semua orang. Semakin banyak yang kita belajar, sebenarnya lebih banyak yang kita tidak tahu, jangan lah terlalu selesa dengan apa yang kita tahu. Tahun baru, azam baru. 

Selaras dengan objektif azam tahun baru iaitu mencuba sesuatu yang baru, saya telah install tik tok di vivo smartphone, masih lagi terlalu awal dan dalam proses trial and error, kepada yang melihat, sila jangan gelak ya. Laman profil tiktok saya boleh di layari di https://www.tiktok.com/@safirulamar_

Tahun Baru Azam Baru


Ramai anak muda yang menggunakan tik tok untuk mengembangkan bakat dan menyampaikan sesuatu, rasanya tidak salah untuk saya mengikuti mereka dan bersama mereka di dalam tik tok, apa salahnya mencuba, sebenarnya lebih banyak kandungan yang bermanfaat di dalam tik tok, terpulang kepada kita, untuk memilih kandungan yang bermanfaat ataupun tidak. Kita yang buat keputusan ke atas diri kita. Jika penggunaan sesuatu aplikasi itu untuk tujuan pendidikan, maka akan jadi lebih bermanfaat, jika di gunakan untuk tujuan maksiat, akan jadi tidak elok dan mendatangkan aib keburukan. Kita yang memilih. Banyak juga belajar perkara yang baru di dalam Tik Tok, ada juga video yang pelik dan merepek, abaikan sahaja. 

Malam tadi, buka akaun tik tok, scroll laju laju, banyak pula tengok orang makan makanan yang mentah, terus murung jap, kerana ingin menjadi trend dan popular seseorang sanggup membuat sesuatu yang pelik di luar dari kebiasaan norma kehidupan. Allah... 

Saya dah mula ber tik tok, anda bila lagi ? haha . saya masih belajar dan tengah godeh godeh setiap fungsi di dalam tiktok, best juga fungsi yang ada di dalam tik tok ini, antaranya fungsi green screen, reply mesej, berduet dan sebagainya, malam tadi ingat nak buat content, tapi, baru nak bercakap, ramai pula yang tengok, malu pula, adui, haha. Tahun 2021, tiada apa yang saya harapkan selain dari berdoa pada Allah, agar sentiasa di murahkan rezeki, di panjangkan usia dan sentiasa sihat. Tahun baru telah tiba, dan harus di ingat, kematian juga semakin menghampiri. Itu pasti, Teruskan membuat kebaikan dan sentiasa mencari ilmu dan terus belajar.

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.