Salam kepada semua pembaca blog ini, di harapkan semuanya di dalam keadaan sihat, ok, saya tak nak tulis panjang, kita terus ke topik artikel pada kali ini iaitu berkaitan aplikasi yang hebat daripada produk Google, bagi saya, aplikasi ini sangat membantu dan menjimatkan masa, anda tidak perlu menaip semula, hanya perlu imbas dan terima maklumat di dalam bentuk data teks.

Sebagai pengajar separuh masa dan pekerja makan gaji di sebuah organisasi,  saya selalu juga berhadapan dengan manusia manusia yang selalu meminta memuat turun sesuatu data seperti surat, memo, iklan perniagaan di sistem ataupun laman web, tanpa menyertakan sekali softcopy, alasannya, hilang dan tak tahu letak di mana? Memang tekanan juga la apabila terpaksa salin semula teks satu persatu, ataupun kebiasaannya, saya mengabaikan sahaja tugasan itu, kerana sangat menyusahkan. lantaklah. 

Sebelum ini, jika berhadapan dengan situasi seperti di atas, saya akan menggunakan aplikasi OCR di google play store, hanya muat turun, imbas dan terima maklumat. Bagi alternatif yang lain, saya menyarankan anda menggunakan aplikasi Google Lens, kerana lebih smooth dan lengkap. konsepnya mudah, hanya perlu Scan (imbas rakam), pilih teks dan salin (Copy).

Aplikasi Mengimbas Terbaik Dari Google

Aplikasi ini tersedia bagi pengguna smartphone seperti android. Anda boleh memuat turun di Google Play Store. Susah ke nak menggunakan Google Lens ini? Mari kita lihat proses menggunakan Google Lens ini, pertama sekali, buka Google Lens, kemudian hanya perlu merakam dan mengimbas (lihat Gambar di bawah).

Aplikasi Mengimbas Terbaik Google


Selepas merakam , paparan untuk Copy Text, Translate akan di paparkan di bahagian bawah, anda perlu pilih teks yang hendak di salin.  Sila rujuk gambar di paparkan di bawah ini ,

Aplikasi Mengimbas Terbaik Google Lens

Sangat mudah dan menjimatkan masa, anda tidak perlu lagi bersusah payah hendak menaip satu persatu, dengan hanya menggunakan Aplikasi Google Lens, tiada masalah jika tiada softcopy. Namun Aplikasi ini di gunakan untuk menyalin teks dari sumber fizikal kepada bentuk softcopy data teks sahaja, dan dalam masa yang sama boleh menterjemahkan bahasa (translate) dan mendapatkan carian yang sama dari artikel yang tersedia di dalam google, segala yang berkaitan. 

Dan yang pasti, tidak boleh lah menukar atau menjadikan sesuatu seperti sekeping poster kepada bentuk softcopy yang berformat photoshop atau adobe illustrator. Hehe. Selamat mencuba dan semoga artikel ini bermanfaat kepada anda semua.

5 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.