Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, di harapkan semua nya sihat dan saya doakan agar anda semua di lindungi dari wabak jangkitan Covid-19 dan di permudahkan segala urusan. Lama tak buat tutorial, tutorial kali ini berkaitan Cara mesej nombor  yang tidak di kenali tanpa perlu simpan (save) nombor di telefon anda.

Kebiasaanya jika kita hendak mesej pada nombor telefon yang tidak simpan melalui Whats app kita perlu add to contact dulu kan? baru lah boleh mesej, tapi dengan menggunakan Aplikasi ini, anda tidak perlu simpan nombor tersebut di dalam senarai contact anda. 

Ok, jom kita lihat cara cara mesej nombor tidak di kenali di telefon anda tanpa perlu simpan nombor tersebut di senarai contact, pertama sekali, bagi pengguna Android, anda perlu pergi ke Google Play Store dan taip Click to chat, dan install.

Cara Mesej Nombor Tanpa Perlu Simpan di Telefon

Mudah sahaja untuk menggunakan aplikasi ini, selepas anda install aplikasi tersebut, salin nombor yang tidak di kenali itu, dan anda perlu memasukkan kod negara  +60 (pilih kod Malaysia)  dan masukkan nombor tersebur, dan seterusnya tekan butang open, anda akan di bawa ke aplikasi Whats app dan boleh la memulakan perbualan. 
Cara Mesej Nombor Tanpa Perlu Simpan di Telefon

Mudah kan? harap artikel kali ini bermanfaat, selamat mencuba.

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. menarik! lepasni boleh download ni jaa :) tqqq

    BalasHapus
  2. giveaway CUya kembali! jom joinn

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    BalasHapus

Posting Komentar