Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini, maaf di atas kesibukan yang teramat sangat sampaikan tidak sempat untuk update artikel yang terbaru di dalam blog ini. Banyak juga cerita nak kongsikan di dalam blog ini, tapi biasalah lumrah sebagai bloggers dan penulis, bila buka laptop, semua idea nak menulis hilang begitu sahaja. Bukan senang nak menulis, haha, betul kan? Ok, artikel kali ini, berkenaan Food Review, memang rancang nak bantu promosi kan kedai ini kerana di dalam situasi yang kritikal di waktu pandemik Covid-19 ini, semua orang bertungkus lumus dalam mencari dan menambah pendapatan terutamanya golongan peniaga, nasihat saya kepada anda semua termasuk diri saya sendiri, jika jumpa mana mana peniaga-peniaga di kaki jalan, support dan bantu lah mereka jika berkemampuan dengan membeli. 

Pada minggu lepas, tiba tiba mengidam nak makan karipap sardin, duduk rumah waktu perintah kawalan pergerakan (PKP), memang sentiasa lapar je kan perut, setiap minit nak mengunyah je, betul tak? haha, kalau nak keluar membeli, waktu PKP ni, kedai pun tak banyak yang buka dan kena bungkus bawa pulang makan di rumah, ikut SOP katanya.  kenalah keluar cari karipap sardin walaupun hanya seorang sahaja yang di benarkan dalam radius 10 KM, kebiasaanya kalau nak cari sesuatu benda tu, masa tu lah tak ada dan tak jumpa kan? itu realiti yang berlaku pada diri kita semua, dan akhirnya Allah buka jalan dan di permudahkan urusan, ternampak pula satu kedai menjual makanan sejuk beku (Frozen Foods), Alhamdulillah, memang rezeki saya.

Nama kedai makanan sejuk beku (Frozen Foods) tersebut ialah Tuah Sejuk Beku, serius lah macam macam ada, banyak juga produk produk makanan berasaskan sejuk beku di jual di kedai ini, antaranya seperti Popia Otak Otak, Ayam Perap, Daging Salai Perap, Aiskrim, Sardin Homemade, Kambing Perap, Karipap Sardin dan banyak lagi.  

Makanan Sejuk Beku Terbaik dan Murah Di Tambak Paya Melaka

Lokasi kedai Tuah Sejuk Beku ini terletak di K2 Medan Niaga Tambak Paya, Ayer Molek Melaka, di dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan memang sangat sesuai, kita beli dan goreng sahaja di rumah buat minum minum petang ataupun malam, memang terbaik dan tidak perlu risau kena kompaun kerana tidak patuh SOP kan ? Paling best di kedai ini, ada Karipap Sardin, memang tidak menghampakan dan layanan yang di berikan oleh pekerja di kedai frozen food Tuah Sejuk Beku ini memang terbaik dan mesra sekali walaupun di dalam pematuhan SOP yang ketat.

Kepada korang semua, jom lah ke kedai Tuah Sejuk Beku (frozen food) yang menjual segala produk berasaskan makanan sejuk beku, dan yang penting dan utama sekali murah, berkualiti, 100% produk keluaran Muslim Bumiputera, dan sudah pasti di jamin halal. harga? Memang sangat berpatutan, murah dan berbaloi, kalau bawa RM 50.00 sekeping, memang saya jamin, banyak makanan sejuk beku yang korang boleh beli dan bawa balik.  Di Kedai Tuah Sejuk Beku ini saya membeli, Popia Otak Otak, Ayam Perap Pedas, Karipap Sardin dua bungkus, serius lah, tak sampai pun RM 50.00. Sampai je di rumah terus goreng buat minum petang untuk keluarga dan anak anak, Alhamdullilah, anak anak suka makan popia otak otak tu, lembut dan ranggup katanya, boleh lihat video di Channel Akaun Tik Tok saya di SINI 

Makanan Sejuk Beku Terbaik dan Murah Di Tambak Paya Melaka

Kepada korang yang ingin mendapatkan pelbagai makanan sejuk beku (Frozen Food) dari Tuah Sejuk Beku, boleh dapatkan di K2 Medan Niaga, Tambak Paya Ayer Molek Melaka, Jom ke Tuah Sejuk Beku, penjual makanan sejuk beku frozen food terbaik dan murah di Ayer Molek Melaka. Korang boleh hubungi En. Annis di talian 011 - 50501604 untuk pertanyaan selanjutnya. Beli dan bawa pulang selepas itu boleh lah goreng dan makan bersama seisi keluarga. Jom ke Kedai TSB Makanan Sejuk Beku Terbaik dan Murah Di Tambak Paya Melaka.

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.