Assalamualaikum semua, lama betul tak update cerita dalam blog ini, jujur saya nak beritahu, dalam kesibukan kerja dan letih berpuasa memang tak berkesempatan nak menulis.

Tapi yang peliknya, akaun sosial media saya seperti Tiktok sentiasa update sampaikan dah hampir 19 ribu pengikut, wah, satu pencapaian terbaik saya setakat ini di dalam media sosial. Sejak berkecimpung di dalam Tiktok ni, makin lupa diri, sampaikan hampir terlupa dunia blog dan instagram. hehe. Menulis di blog tidaklah semudah yang disangka, di tambah pula jika mengikut kriteria search engine (seo) memang rumit sedikit, bulan puasa ini, sebenarnya tiada idea yang terlintas, kalau ada pun bila mahu mula menulis dan buka laptop, hilang begitu sahaja. Hihi

Cuma saya nak beritahu, bayaran pertama google adsense saya telah pun di kredit ke dalam akaun secara automatik. Pada mulanya risau juga, bila pada awal bulan masih tiada tanda tanda Adsense mahu membayar, rupa rupanya pembayaran pada setiap 21 hingga 22 haribulan pada setiap bulan, lepas jugalah nak beli barang barang keperluan sempena hari raya yang bakal tiba nanti. Alhamdulillah berkat kesabaran menunggu. Akhirnya. 

Pahit kepayahan di mana 7 (tujuh) kali permohonan di tolak, sehingga lah membetulkan apa yang tidak betul dan menepati kriteria yang di tetapkan seperti Meta Tags, labeling, template dan kriteria jumlah patah perkataan. Memang payah dan perlukan kesabaran yang tinggi, dan seperti kata pepatah orang putih, No Pain, No Gain, tidak sakit maka tidaklah dapat. Kalau nak bercerita pasal terima bayaran melalui kaedah Affiliate marketing, pernah juga menerima bayaran menerusi platform Nuffnang dan Sweet Muslimah, walaupun nilainya sedikit berbanding Adsense, namun masih bersyukur, yang penting ada, daripada tak dapat langsung kan? 

Menerima Bayaran Pertama Google Adsense

Rezeki saya di bulan ramadhan. Walaupun tidak update artikel yang terkini, namun dengan kekuatan SEO blog, masih mendapat trafik yang agak sederhana tinggi. Kepada rakan rakan dan pembaca semua, teruskan melayari blog saya tanpa jemu. Insha Allah, kita sama sama berkongsi ilmu pengetahuan di dalam ini.

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar