Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca terutamanya kepada yang beragama Islam. Walaupun sedikit kecewa dengan keputusan Kerajaan yang secara tiba tiba mengumumkan perintah kawalan pergerakan di semua negeri pada hari raya pertama, walaupun kes jangkitan telah meningkatkan kepada empat angka, sepatutnya Kerajaan perlu menyekat pergerakan pada sambutan perayaan sebelum ini iaitu pada Tahun Baru Cina dan Thaipusam. Orang nak raya lah, at least berilah kelonggaran pada hari raya pertama.
Sudah la tidak dapat merentas negeri pulang ke kampung, menjadi lebih sedih, bila di paksa duduk rumah diam diam pula, kalau hari biasa tu tak apa lah juga. Baju raya semua dah beli di awal puasa, kuih raya, persiapan kelengkapan rumah seperti langsir, karpet dan sebagainya, dan akhirnya duduk rumah. Huh..
Alasannya untuk mengelakkan kes jangkitan menjadi kepada lima angka. Memang tak patut dan tidak munasabah. Suka atau tidak, kena la akur dengan keputusan dari Kerajaan. Kepada anda semua, akur sahajalah dan walaupun tidak kemana mana, masih tetap beraya kan? bersederhana la kita di waktu darurat Covid ini..
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H / 2021M kepada korang semua, mudah-mudahan Allah menerima (amal ibadah) kita dan kalian. Taqabbalallahu Minna Waminkum.
Rezeki Ramadhan pada tahun ini, banyak pula tempahan membuat poster ucapan selamat hari raya, murah murah sahaja bermula dari RM 5.00 hingga RM 15.00. boleh lah cari makan sikit sikit, waktu covid ini, ekonomi slow sedikit, jangan berkira sangat, apa yang ada, jalan terus.
Selamat Hariraya Maaf Zahir Batin Dari Mama Sekeluarga
BalasHapusselamat hari raya cikgu,maaf zahir dan batin. =)
BalasHapusselamat hari raya Safirul, maaf zahir dan batin. =)
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.