Berberapa badan NGO di Melaka ada menyediakan Perkhidmatan Program Sanitasi Secara Percuma memfokuskan rumah ke rumah namun secara bersasar, dan rumah ibadat seperti Masjid. Alhamdulillah hampir 30 buah rumah telah di sanitasi buat setakat ini. Sekurang kurangnya usaha ini dapatlah mencegah dari penularan jangkitan Covid-19. Khidmat sanitasi ini buat masa ini hanya di laksanakan di peringkat daerah dan dun Ayer Molek.

Badan NGO yang melaksanakan Perkhidmatan Sanitasi Secara Percuma ini di laksanakan atas inisiatif Skuad Sabil Negeri Melaka, saya juga secara langsung menyertai program sukarelawan ini, bahan bahan nyah kuman (chemical) yang di gunapakai ini telah disahkan oleh pihak KKM, tidak perlu risau dan sudah pasti pasukan sukarelawan ini mengikuti prosedur yang ditetapkan.

Program Perkhidmatan Sanitasi Percuma Ayer Molek

Kepada yang ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan sanitasi ini, boleh lah mendaftar di SINI , dan jika ada pemilik rumah khususnya pesakit Covid atau dalam tempoh kuarantin yang ingin rumahnya di sanitasi boleh lah menghantar maklumat kepada saya di talian wasap 016 6474201. Jika terdapat berberapa keperluan berdasarkan hasil siasatan pihak skuad sukarelawan ini, baru lah mereka bertindak melakukan sanitasi. Mereka memfokuskan kepada kediaman yang berisiko, Setakat ini, permintaan amat mengalakkan dan skuad ini berpecah kepada kuantiti yang kecil.

Bersama sama kita membantu mencegah dari penularan jangkitan virus merbahaya ini. Semoga kita semua di jauhkan dari jangkitan virus Covid-19, dan berhati hati semua. Lihat aktiviti sanitasi yang di hadiri saya pada minggu lepas di SINI

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Wah terbaiklah cikgu..terima kasih atas khidmat..moga ada pahala nya.

    BalasHapus

Posting Komentar