Alhamdulillah kita bakal menyambut Sambutan Hari Raya Aidiladha tidak berapa lama lagi, dan yang pasti dan sangat menyedihkan kita tetap tidak dapat merentas negeri untuk pulang ke kampung, Allahuakhbar, sampai bila la nak tamat PKP ni. Bila lah penyakit Covid-19 ini hendak berambus dari bumi Malaysia? jika pemerintah masih gagal untuk menangani wabak merbahaya ini, maka semua nya terletak atas diri kita sendiri, jika keluar kerana urusan penting pastikan memakai dua pelitup muka (double mask) dan sentiasa sanitasi tangan dan paling utama, percepatkan urusan Vaksin jika mendapat panggilan, jangan bertangguh dan daftar lah segera bagi yang belum mendaftar, jika bukan untuk kita fikirlah untuk orang lain terutamanya anggota keluarga. 

Sebenarnya hampir tekanan juga apabila terlalu lama di sekat pergerakan oleh kerana penyakit berjangkit ini, tapi apa harus diperkatakan lagi, suka atau tidak, kenalah terima hakikat yang nyawa kita lebih penting. Sempena hari raya Aidiladha bakal tiba ini, janganlah terlalu seronok menyambut Hari Raya Aidiladha pada kali ini kerana jika tersilap langkah kita yang mungkin akan terkorban, bagi yang ingin bersembahyang raya dan menyembelih binatang ternakan, boleh lihat garis panduan yang di keluarkan di SINI. (Bagi Negeri Melaka).

Sebenarnya tiada idea untuk menulis di blog, terus terang nak beritahu, kerja dari rumah lagi memeningkan dan dalam masa yang sama saya terlibat dalam kerja kerja sanitasi di kawasan persekitaran saya. Menyertai Skuad Sanitasi ini memang kerja risiko di mana membersihkan rumah pesakit Covid-19, agak terdedah dengan bahaya sebenarnya, tapi demi tanggungjawab sosial dalam mengelakkan penularan jangkitan Covid di sekitar kawasan, saya rasa terpanggil untuk menyertai Skuad Sanitasi ini.

Jangan Terlalu Seronok Menyambut Hari Raya

Status jangkitan Covid-19 ini semakin merebak dan terus menjangkiti sesiapa sahaja, berhati hati lah semua, tersilap langkah pasti menerima padah. Akhir kata, semoga anda semua sentiasa di dalam lindungan Allah SWT, dan sabar menghadapi dugaan ini. Jangan seronok sangat menyambut hari raya korban kali ini, jangan sampai kita yang terkorban nanti. 

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.