Pening juga setiap bulan ada sahaja masalah di rumah membabitkan sinki dapur tersumbat, bukanlah mahu berkira sangat soal duit, tapi sedikit sebanyak di waktu kritikal tempoh panjang PKP ini, adalah lebih baik perlu berjimat cermat sebenarnya, apa tak nya bayar untuk baiki sinki dapur tersumbat sahaja sudah hampir RM 80.00, jika sebulan dua kali tersumbat? bukan saya tidak mencegah dari berlaku tersumbat seperti mengelakkan membuang sisa minyak dan sisa makanan di saluran sinki, hampir semua saranan semuanya saya telah lakukan, namun, masalah sinki tersumbat kerap terjadi. Pening kepala saya di buatnya.

Setiap orang yang hidup di dunia ini, mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sebagai contoh seperti saya di dalam bidang ICT,  bukan lah hebat pun, tapi faham la sedikit sebanyak yang berkaitan tetapi tidak faham tentang teknik pembinaan dan pertukangan paip. Hidup ini saling bergantungan.

Tidak ramai yang jujur dan berkualiti di dalam perniagaan, selagi ada peluang membuat duit, mungkin tidak semua, hanyalah segelintir, modus operandi peniaga yang tidak jujur ini akan cuba mencari peluang yang ada, Sepatutnya peniaga ini, memberikan tips pencegahan berkesan untuk kawalan di masa akan datang agar tidak berlaku lagi, bukannya sebaliknya mengatur punca pendapatan mereka setiap bulan. Permudahkan lah urusan tuan rumah, jangan lah pula mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Insha Allah kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita.

Ramai juga tukang paip (plumber) yang saya hubungi dan hasilnya tidak kekal lama, dan berlaku tersumbat, dan hubungi mereka semula, bayar lagi dan bayar, tapi sampai bila? Antara faktor berlakunya sinki tersumbat, puncanya adalah di sebabkan pembuangan minyak, hasil lebihan makanan, dan sebagainya, dan paling penting sekali adalah keadaan struktur (flow piping) aliran sinki dapur rumah masing masing, susah juga hendak mencari Plumber (tukang paip) yang benar benar berkualiti dan terbaik di Negeri Melaka. 

Akhirnya jumpa anak muda, En.Danial dari DY Solution memang terbaik dan banyak mengajar saya tentang selok belok pencegahan dan ternyata benar benar menyelesaikan masalah dapur di rumah saya. Memang huru hara di buatnya apabila berlaku sinki tersumbat, nak buat apa pun tak boleh, dengan keadaan air bertakung, berbau busuk, nak masak di dapur pun memang tidak lah, bertambah rumit.

Plumber Terbaik Dan Berkualiti Di Melaka


Singki dapur rumah anda selalu tersumbat? anda ada masalah berkaitan tangki dan seangkatan dengannya? (plumbing), saya sarankan DY Solution Enterprise, memang terbaik dan berkualiti. Sudah hampir dua bulan singki saya okay dan tiada masalah, DY Solution ini sangat berkemahiran menguruskan kerja pertukangan paip dan menyelesaikan masalah yang menghantui anda. Hasil kerja DY Solution sangat puas hati. 

Boleh lihat kerja kerja yang di lakukan oleh DY Solution di video tiktok saya di SINI . Memang saya berpuas hati dengan hasil kerja tangan syarikat ini, harganya? memang berbaloi dan berpatutan. Kepada korang yang berada di sekitar Melaka, jika ada masalah singki tersumbat atau segala yang berkaitan dengan kerja pembinaaan atau pertukangan paip, boleh hubungi atau whats app Encik Danial Yaacob (DY Solution Enterprise) di talian ini .

Hanya DY Solution Enterprise mampu menyelesaikan masalah pertukangan paip dan tangki anda (Plumber) sekitar Negeri Melaka, Alhamdulillah, Selesai masalah saya, semoga urusan anda semua di permudahkan Allah SWT. Amin.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.