Bukankah membunuh diri itu hukumnya haram? Segala hal yang di sediakan oleh pemerintah di dalam darurat kita menghadapi wabak Covid-19 harus di ambil, walaupun bukan kewajiban, sekurang kurangnya kita membantu diri sendiri dan demi keluarga kita. Pada mulanya, saya juga menolak pengambilan vaksin, dan bersetuju untuk tidak mengambil kerana bimbang memberi kemudaratan kepada saya, boleh lihat di SINI . Dan selepas membaca kenyataan ulama dan merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, akhirnya saya sedar yang kita patut melindungi keluarga kita dan diri sendiri. 

Kenapa perlu perlahan lahan membinasakan diri dan akhirnya mati dengan tidak mengambil vaksin sedangkan pihak pemerintah telah mengeluarkan kenyataan selamat dan telah di sahkan. Kita berada di tahap kritikal dan darurat di sebabkan keadaan wabak yang tidak dapat di kawal. Situasi darurat meletakkan semua rakyat wajib patuh kepada arahan pemerintah walaupun perkara tersebut perlu dilaksanakan secara paksa kerana keputusan pemerintah mengambil kira kepada kesejahteraan rakyat jelata.

Firman ALLAH SWT dalam surah al-Nisa ayat 59 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah ALLAH taatilah Rasul (Muhammad) dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu.” Sediakan lah payung sebelum hujan, manfaatkan segala kebaikan yang di berikan, demi keluarga dan orang di sekeliling kita.

Tanggungjawab pihak pemerintah adalah dengan sedaya upaya melindungi setiap rakyatnya, dan sebelum sesuatu keputusan di buat, kajian dan rujukan kepada yang pakar di rujuk, sama seperti tauladan dari kisah Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W di mana pada Nabi Muhammad menyarankan agar segala pertanyaan yang di tujukan kepada beliau, hendaklah di rujuk kepada yang pakar.  ALLAH SWT sendiri mengingatkan kita dalam dua ayat berbeza surah al-Anbiya ayat 7 dan surah al-Nahl ayat 43 yang bermaksud dengan mafhumnya: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada mereka yang pakar-pakar yang berpengetahuan dalam bidang masing-masing jika kamu tidak mengetahui.”

Pengambilan vaksin di Negara kita bertujuan untuk mencapai target Herd-Community 80 peratus di mana tidak lain tidak bukan adalah untuk mengurangkan peratus jangkitan, fikirlah untuk orang lain demi kesinambungan generasi akan datang, haram hukumnya membiarkan diri dalam keadaan tidak di vaksin dan akhirnya di jangkiti.

Kepada yang masih ragu ragu untuk mengambil vaksin, rujuklah buku panduan kita iaitu Al Quran dan di dalam nya terkandung ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” Begitu juga dengan dalil daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain.” (Maksud hadis riwayat Ibn Majah).

HUKUM MENGAMBIL VAKSIN DAN KESANNYA

Kepada yang selalu mempersoalkan tentang pemgambilan Vaksin dan pandai mengeluarkan HUKUM MENGAMBIL VAKSIN DAN KESANNYA inilah jawapannya. Berhati hati semua dan terima kasih bagi yang telah mengambil Vaksin, lindungi keluarga kita, sayangi Negara kita, dan semoga Negara kita pulih dari wabak ini. Aamin.

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Asalam..vaksin ni kita ambil sebagai usaha..semoga selamat dari perkara yang tidak diingini

    BalasHapus
  2. betul, vaksin ni sebagai salah satu ikhtiar dan usaha..

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.