Assalamualaikum, lama sungguh saya tak kemaskini blog, seperti biasa, bila tiba hujung tahun, banyak perkara perlu di selesaikan sebelum memasuki alam tahun baru yang seterusnya. Macam macam nak fikir, kelengkapan sekolah anak, cuti hujung tahun, prestasi kerja tahunan dan macam macam lagilah. Memikirkan banyak perkara yang masih tertunggak belum tercapai, biasalah lah kan, setiap orang ada cita cita dan impian pada setiap tahun.
Di harapkan urusan anda semua di permudahkan, kehidupan mestilah ada sasaran, apa yang kita mahukan, supaya tidak hanya sekadar meneruskan kehidupan sahaja. Sentiasa lah berusaha mencapai kualiti kehidupan dan menaiktarah nilai diri kita ke arah yang lebih baik.
Sebenarnya, dalam banyak perkara yang saya telah lalui, pertama kali jugalah menggunakan smartphone yang menggunakan prepaid topup, suatu ketika agak runsing memikirkan kenapa tiada talian internet sedangkan telah membayar, namun tiada akses internet. Pening juga memikirkan, dan rupa rupanya, selepas membayar topup prepaid di Aplikasi Maybank2U, langkah seterusnya kita perlu mendail *150# untuk melanggan. Haish, baru tahu. Kena subscribe rupa rupanya. Haha
Seingat saya lebih kurang seperti pakej UMobile kalau tidak silap, bagi yang menggunakan talian prepaid topup. Saya telah terbiasa dengan proses penggunaan talian post-paid di mana setiap bulan akan secara automatik connect apabila membayar.
Bagi pengguna talian ONEXOX prepaid seperti saya, anda boleh membayar bil prepaid anda melalui aplikasi Maybank2u. Mudah sekali. Mari kita lihat Cara Membayar Bil Prepaid OneXox di Maybank2u di bawah ini.
1. Pergi ke Aplikasi Maybank2U di telefon korang, pergi ke PAY, kemudian pilih JomPAY dan tekan butang + (NewJomPAY).
2. Langkah seterusnya, masukkan Biller Code ONEXOX iaitu 70771 , di bahagian REF-1 masukkan Nombor telefon korang dan tekan butang Continue, sehinggalah approve/agree dan Selesai.
3. Seterusnya, di telefon anda, dail, *150# , pilih No 3. Internet , dan seterusnya pilih No.3 Standard Package.
4. Seterusnya, anda boleh pilih package yang anda mahu sesuai dengan nilai amaun yang anda topup bayar bil di Maybank2U sebentar tadi, jika anda topup RM 50.00, pilihlah No.1 .
Mudah kan? Haha, begini lah Cara Membayar Bil Prepaid OneXox di Maybank2u . Harap perkongsian dari saya ini membantu, baru saya tahu proses nya begini, patutlah tiada internet, kena Subscribe rupanya. Kelakar..
memang sekarang ni hujung jari saja..saya beli top up pun guna online banking sahaja cikgu
BalasHapusBetul tu, cara yang paling pantas dan mudah
HapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.