Salam dan selamat pagi Isnin, macam macam kisah sepanjang minggu lepas yang hendak di kongsikan dalam blog ini, semalam tiba tiba rasa bersemangat semula menulis di blog dan semasa nak login blog ini, apa yang di fikirkan tu semua entah ke mana, haha. Seperti biasa, rutin kebiasaan setiap minggu, menghadiri jemputan dari rakan rakan kerja dan kenalan.
Jawapannya memang tidak berasap lah dapur, yelah menghadiri majlis makan kenduri kan. Alhamdulillah, terima kasih kepada rakan rakan yang sudi menjemput saya, rezeki memang tidak pernah salah alamat. Insha Allah, jauh macam mana sekalipun, jika Allah gerakkan hati, pasti hadir.
Sebenarnya, bab memilih jemputan ini, saya melihat kepada kaedah jemputan tersebut, namun terpulang kepada masing masing punya cara, saya lebih mengutamakan jemputan yang secara personal (peribadi) walaupun sekadar hanya melalui whats app berbanding di dalam whats app group. Bukan memilih, tapi seeloknya jemputan itu secara berbahasa atau lebih khusus.
Terpulang kepada penerimaan masing masing, penerimaan saya yang lebih sepatutnya mendapatkan keutamaan seeloknya di khususkan secara personal. Kisah minggu lepas iaitu pada 12 Jun 2022, alhamdulillah dengan izinNya, sempat hadir ke Majlis Perkahwinan Rakan di Dewan Bestari Ayer Keroh, biasanya apabila hadir ke sebarang majlis perkahwinan, saya akan hadir lewat sedikit seperti dalam jam 3.00 petang, bukan apa, saya tidak suka bersesak sesak dengan ramai orang, Alhamdulillah, sempat bergambar dengan pasangan pengantin.
selamat pengantin baru dan selamat hari lahir kepada kenalan cikgu
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.