Ku harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ribut petir di siang hari, betul orang kata, malang itu tidak berbau, tujuan artikel ini di tulis hanyalah sekadar berkongsi pengalaman bertujuan supaya dengan harapan anda semua berhati hati dan jangan terpedaya dan terperangkap seperti saya. Mungkin tidak faham tentang penipuan scammer. 

Taktik dan strategi scammer ini berjaya memperdayakan saya sehinggakan saya melabur ribuan ringgit, mereka sentiasa mengambil peluang dan kesempatan di atas kesempitan orang lain, saya telah melakukan kesilapan bodoh dan berjaya mencegah diri saya dari terus di perbodohkan dan di tipu lagi. Seminggu juga saya trauma dan tidak sangka perkara macam ini terjadi pada diri saya, sedangkan, saya sedar yang scammer itu wujud dan berleluasa. 

Makin terkesan, Saya pernah memberi taklimat berkaitan keselamatan siber di berberapa agensi kerajaan dan swasta, menerangkan bahaya nya penipuan siber dan akhirnya turut menjadi mangsa penipuan keji ini. Semoga anda semua berhati hati dan berwaspada, taktik mereka licik.

Memang memeritkan dan habis duit saya, hanya di sebabkan hendak kaya dengan cara pantas, dan akhirnya saya sedar yang Tiada Jalan Pintas Untuk Menjadi Kaya. Ya, betul tiada jalan pintas, yang terbaik adalah sabar, usaha keras, doa dan tawakal. Itu yang penting. Saya telah pun membuat laporan polis, bukan kerana soal wang lesap  semata mata walaupun saya tahu amat susah untuk mendapatkan nya semula kerana kecuaian, niat saya cuma tak mahu orang lain yang naif seperti saya pula yang menjadi mangsa penipuan online ini, terutamanya makcik makcik di kampung dan sebagainya. 

Modus operandi mereka seperti meminta anda tekan like di mana mana pautan (link) aplikasi shopee, dan anda perlu melengkapkan tugasan tersebut dan akan di bayar terus ke akaun bank. Selepas itu, anda akan di masukkan ke dalam group yang rata rata di dalam tu semua Scammer yang berpura pura melakukan transaksi dan menerima bayaran. JANGAN MUDAH TERTIPU.

Mereka akan mengeluarkan senarai harga pelaburan komoditi yang memberi pulangan sehingga 20% dari nilai yang anda labur. Pada mulanya saya melabur dan pilih amaun yang kecil dan mengikut proses proses tugasan dari mereka, ya betul, bagi kali pertama dan kedua, saya telah mendapat bayaran.

Kali ketiga, setelah saya melakukan bayaran sebanyak RM 780.00 dengan harapan untuk mendapat pulangan pelaburan sebanyak RM 880.00. Tiba tiba mereka beritahu yang akaun saya telah freeze dan perlu mengikut berberapa langkah bagi melakukan pengeluaran wang. Kenapa akaun saya boleh freeze? hanya kerana mereka lambat memberikan arahan yang akhirnya saya terpilih maklumat produk yang salah, kononnya, situasi ketika itu kebetulan terlalu excited dan bersemangat . Emmm..

Tiada Jalan Pintas Untuk Cepat Kaya

Mereka meminta saya melakukan pembayaran sebanyak 5 kali di atas kesilapan kecil yang bagi saya tidak lah sampai akaun kena freeze. Pelik, Pembayaran komoditi pertama untuk memulihkan akaun bodoh tu, saya di arahkan untuk membeli komoditi sebanyak RM 1684.00 ringgit, dan saya telah melakukan pindahan wang ke akaun bank, dan yang seterusnya, mereka meminta saya membeli komoditi bernilai RM 3480.00 ringgit, eh makin banyak pula? kali ketiga, keempat dan kelima bagaimana pula? Memang kurang ajar scammer bangang ini.

Saya merasakan yang saya telah di tipu buta buta je, dan telah pun membuat laporan polis. Kepada anda di luar sana, berhati hati, Jangan jadi seperti saya, Tiada jalan singkat dan pantas untuk cepat kaya. Beringatlah. Saya masih trauma, bukan kerana soal wang semata mata, tapi lebih trauma kepada cara mengenakan saya dan saya terpedaya. Betul betul saya tidak boleh terima cara mereka melakukan penipuan terhadap saya. Keji. 

Semasa membuat laporan polis, polis tersebut pun kena scammer online juga. Hai...zaman sekarang zaman inflasi, makin ramai scammer yang mengambil kesempatan dalam kesempitan. 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Memang menakutkan bila dengar Kes scammer ni cikgu..saya kena dulu rm100

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.