Sebaik tiba di rumah tepat jam 10.00 malam pada 09 Januari 2023 semalam, tiba tiba dapat satu attachment mesej dari Whats app dari group whats app Jawatankuasa Masjid, nampak seperti seakan akan surat tidak rasmi, pada mulanya hanya sekali pandang sahaja, malas nak baca sangat, biarlah sahabat yang ada di dalam group tersebut membaca, penat bawa grab food, Alhamdulillah dapat lah rezeki RM 25.00 dalam tempoh dua jam sahaja, dan berberapa tips. 

Lepas mandi segarkan badan, dan solat Isyak, terus capai telefon, dan belek sosial media tengok mana mana mesej yang penting dan dengar lagu sebelum tidur. Esok nak kena bangun pagi, uruskan hal sekolah anak anak sehingga mereka naik bas sekolah.  

Rasa macam ada sesuatu yang tak kena, tak sedap hati lak rasanya, buka jap lah, surat tu, tersenyum saya rupa rupanya surat tersebut hanyalah surat layang yang telah diterima oleh pihak Jabatan Agama Negeri dari berberapa kelompok orang di dalam kawasan pentadbiran (kariah), ada berberapa tuduhan yang tidak benar sama sekali berkaitan penjawatan jawatankuasa yang telah dilantik salah seorangnya termasuk saya.

Bukan Senang Hendak Menguruskan Pentadbiran

Allahuakhbar, dua sesi saya memegang jawatan sebagai penolong setiausaha Masjid, segala urusan pentabiran masjid tiada sebarang masalah, baik dari segi wang wang infak dari orang ramai, kebajikan ahli kariah masjid tidak pernah diabaikan. Antara tomahan terhadap saya di dalam surat itu ialah, alasannya saya tidak tinggal di dalam kawasan Masjid, maksudnya bukan orang kampung di situ. Perkara 9.0 jelas tujuan surat layang ini ada kaitan dengan politik semasa, dan tuduhan mereka (pakatan harapan) ini adalah di sebabkan partinya menang semasa PRU yang lalu dan mula menuntut satu persatu jawatan di negeri, pihak berkuasa tempatan dan japerun. 

Kelakar apabila membaca surat layang tersebut terhadap saya, kerana untuk makluman siapa yang membaca artikel saya ini, terdapat 5 kariah (kawasan) di dalam pentadbiran Masjid yang saya memegang jawatan, dan kampung saya antara salah satu dari 5 kariah tersebut, setiap minggu dan setiap hari saya balik ke kampung untuk berjumpa mak ayah saya, dan saya membesar di kampung dari kecil.

Dan dalam masa yang sama, saya memegang pelbagai jawatan politik dan komuniti masyarakat kampung seperti JPKK (Jawatankuasa Penduduk Kampung) dan berberapa NGO bukan kerajaan. 

Jawatan yang saya pegang di Masjid tersebut dari tahun 2018-2023 tidak bergaji, sebenarnya pada mulanya saya agak tidak berapa setuju apabila di lantik kerana mungkin terlalu muda dan anggapan saya ramai lagi anak anak kariah (jemaah tetap dan yang telah berumur) yang lebih layak, tapi apabila memikirkan semula tanggungjawab sosial dan demi agama dan mencari keredhaan Allah, saya mempertimbangkan lantikan saya ini, bukan sebab hendak membangga diri, tapi hendak melancarkan perjalanan pengurusan masjid khususnya tugas tugas khas berkaitan kerja kerja melibatkan ICT, Rekabentuk hebahan, Sosial Media, Kertas Kerja pembangunan dan sebagainya. Boleh lihat aktiviti yang telah kami laksanakan sepanjang menjawat jawatankuasa Masjid di SINI

Saya tidak perlu untuk menerangkan secara terperinci apa yang saya telah lakukan pada Masjid tersebut kepada berberapa individu yang berkomplot menyebarkan surat layang tersebut, jika mereka hendak kan jawatan tersebut, ambil lah, dan galas lah tanggungjawab dengan amanah, bersih dan jujur, dan saya telah pun menghantar surat perletakkan jawatan saya berkuatkuasa semalam kepada pihak Jabatan Agama Islam dan satu salinan kepada pihak Japerun kawasan. Semoga permohonan saya berjaya. Hehe

Bagi lah mereka mereka ini jawatan tersebut, sempena kerajaan perpaduan yang baharu ini. saya menghormati Government of the day, siapa yang memimpin, pilihlah jawatankuasa yang baharu.  Hal melibatkan kerja kerja agama yang tidak di bayar gaji ini pun, ada pihak yang tidak berpuas hati. Allahuakhbar.  Datang Masjid mencari keredhaan Allah, bukan mencari kesalahan semua orang termasuk jawatankuasa Masjid. Bukan Senang Hendak Menguruskan Pentadbiran Masjid, salah urus Berdosa dan masuk neraka kerana melibatkan rumah Allah dan wang infak orang ramai dan sumbangan ahli politik. 

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. keputusan yg tepat dgn meletakkan jawatan. biar mereka yg kemaruk jawatan buat kerja lps ni....

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.