Assalamualaikum dan selamat pagi, biasanya awal waktu pagi, banyak idea dan ilham mencurah curah datang, lahir daripada suasana sekeliling yang positif dan nyaman.  Kalau tidak mula menulis sekarang, idea dan ilham tersebut akan hilang begitu sahaja dan ketika menulis perenggan kedua ini, lupa apa yang terlintas di fikiran. Aduh. 

Baru masuk ke pejabat selepas bercuti seminggu kerana ke KL atas urusan politik. Kenapa seminggu? Tiga hari komited selebihnya sambil bersidang sambil healing dan cuci mata lihat permandangan di negeri orang. Tahun 2023 ini, tiada istilah santai santai , putus asa dan letih, selagi boleh kayuh kita kayuh sampai tercapai cita cita yang di impikan, usaha doa dan selebihnya tawakal. 

Penat memang lah penat dengan kehidupan, namun apa kan daya, hidup mesti di teruskan untuk kehidupan. Kita memerlukan idea dan ilmu setiap hari untuk harung kehidupan yang semakin getir. 

Banyak yang bermain di kepala, sentiasa berfikir dan kadang kadang overthinking memikirkan ilmu ilmu baru dan tentang hidup diri sendiri dan apa akan jadi pada diri pada masa akan datang. Wallahualam, rahsia Allah tiada siapa yang tahu. 

Awal tahun yang berkat tahun 2023 ini, terima mesej  tawaran mengajar dari Politeknik Arau Perlis, Alhamdulillah syukur pada mu ya Allah. Semoga kita semua sentiasa di lindungi dan di limpahkan rezeki di atas setiap amal kebaikan yang kita telah lakukan. 

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.