Salam Ramadhan 1444H kepada semua, maaf lama tidak bersiaran di sebabkan kekangan waktu, walaupun blog ini sepi dari sebarang posting, namun, jumlah pengunjung yang menonton dan membaca masih dalam keadaan memuaskan. Alhamdulillah.  Cuma nak beritahu, banyak kejayaan demi kejayaan di perolehi di awal tahun 2023, Alhamdulillah dan syukur pada Allah S.W.T.

Berkat kesabaran dan boleh dikatakan dah sampai tahap tidak mengharap lagi, redha je lah, akhirnya pada 2023, saya telah tercalon bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2022 peringkat Negeri Melaka. Alhamdulillah dan syukur sangat sangat. Terasa diri ini di hargai. Lama juga tunggu, bukan setahun atau dua tahun, tapi 13 tahun jugalah menunggu. Yelah, apa taknya, rakan rakan di jabatan, yang baru masuk, kerja tidak sampai 5 tahun, semua dah terima. Kadang kadang, sampai terfikir yang perlukah beritahu di dalam sosial media, apa yang saya sedang lakukan ? supaya rakan rakan pejabat serta pengurusan tertinggi maklum berkenaan aktiviti saya, atau perlu kipas kipas macam sate? Maklumlah, kerja saya lebih kepada kerja belakang tabir (behind the scene). haha Apa pun, rezeki syukur..

Syukur Alhamdulillah Di Awal Tahun 2023

dan di tahun 2023 juga, saya telah menang bertanding sebagai Ketua Pemuda Kg Saya dan AJK Pemuda UMNO Bahagian, terima kasih kepada para perwakilan yang menyokong dan mengundi saya. Inshallah, niat yang baik membawa kepada pengakhiran yang baik

Syukur Alhamdulillah Di Awal Tahun 2023

Kunci di sebalik berberapa kejayaan kecil saya ini ialah, sabar dan buat sahaja kerja dan kebaikan, selepas itu, your time will come, sabar dan terus berdoa dan terus berbuat baik.  Syukur Alhamdulillah Di Awal Tahun 2023

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.