Assalamualaikum semua, di harapkan semua sihat dan masih di dalam mood raya, yelah raya kan sebulan, how time flew fast nowadays tahu2x dah raya, Aidilfitri kali ini, entahlah, bagi saya rasa macam tak happy, tak tahu lah kenapa, walaupun di pagi raya dapat berjumpa emak ayah, adik beradik, tapi rasa macam kurang meriah seperti tahun tahun yang sebelum.

Atau yang sebenarnya, saya makin tua menjangkau ke umur 40 an, mungkin la kot rasanya, atau belanjawan tahun ini meningkat..entahlah. 

Kadang kadang rasa sayu hati bila terkenang kembali zaman kanak kanak, zaman tanpa gajet, paling seronok bila tiba aidilfitri, pergi ke rumah mak mak saudara terima duit raya, kumpul kumpul lepas tu di hari raya ketiga beli kaset, beli radio dan baju t shirt di pasaraya the store. lagi rare, konvoi naik basikal ramai ramai bersama sepupu ke pasaraya..happy nya waktu itu.

Namun, suasana raya sekarang berbeza, mak mak saudara ramai yang dah meninggal dunia, kalau balik kampung pun, anak anak langsung tak peduli dengan suasana sekeliling, leka dengan gajet mereka, tak beli baju raya pun, mereka tak kisah, apa yang mereka nak ialah akses internet. 

Betul lah tahun ini, langsung tak ada rasa suasana kemeriahan tersebut, sepupu pun ada yang balik kampung dan ada yang tidak. Di pagi raya semua ada sekejap sahaja, dan seterusnya ke destinasi masing masing seperti rumah mertua dan sebagainya,

Taqabballahu Minna Wa Minkum

Bukan lah rasa langsung tak gembira, bohong lah kalau tak happy, hari raya kan? hari kemenangan kita dari penat sebulan puasa, bertarawih, moreh, taqqarub dan menahan lapar makan dan minum di siang hari. 

Atau sepanjang bulan puasa kurang mendengar lagu raya di radio? sebab lebih baik naik motor ke tempat kerja atau di mana mana. Emm tak mungkin sebab, boleh je buka youtube dengar lagu raya lama lama, atau kesuraman itu, di sebabkan terlihat klip video lagu raya artis nombor satu malaysia menyanyi sambil pakai baju renang raya...

Selamat hari raya kepada semua, maaf zahir dan batin, Taqabballahu Minna Wa Minkum, Semoga Allah S.W.T Menerima Puasa dan amalan kita dan puasa dan amalan kalian. Aamin. 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri cikgu.. mohon maaf zahir dan batin

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.