Masa berlalu begitu pantas dan dalam tak sedar kita dah sampai ke penghujung tahun 2023, lagi berberapa minggu lagi nak masuk tahun 2024, semoga kita semua sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan baik di dalam pekerjaan yang di lakukan atau urusan anak anak dan keluarga.
Pencapaian sepanjang tahun 2023? Alhamdulillah, tahun ini banyak kenangan yang manis dan pencapaian yang tidak di jangka, Alhamdulillah syukur kepada mu ya Allah. Semua pencapaian yang di perolehi sesungguhnya di atas izin-Nya.
Kejayaan demi kejayaan di perolehi, tidak dapat di ceritakan sepenuhnya disini dari segi pelantikan jawatankuasa kampung, kenaikan gred time based, anugerah cemerlang tahunan dan banyak lagi lah, zaman sekarang, orang putih kata, never tell people what your plan, only show your result, dan kena sedar yang tidak semua orang bernasib baik. Itu realiti zaman sekarang.
Tidak semua orang happy dengan pencapaian kita sebenarnya, berhati hati apabila post sesuatu di sosial media kerana tidak semua orang bernasib baik, kita semakin hari semakin tua, umur makin meningkat, sepatutnya menambah pahala, bukannya mendapat dosa kering yang tidak semena mena terima hanya kerana kita post di sosial media dan tidak semua yang ingin mengambil pencapaian kita sebagai sumber inspirasi. Mereka mereka ini tidak mahu belajar dan berusaha secara kompetetif, malah mengambil pula jalan singkat.
Aku percaya, yang pengalaman itu mendewasakan kita, dan aku sentiasa berpegang kepada kata kata "never thought you'd trade your soul to the fates" . Kalau tak pandai, berguru lah, berusaha dan terus berusaha.
Jack of All Trades, Master Of Many
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.