Assalamualaikum semua, di harapkan semua pembaca dalam keadaan sihat walafiat, apa khabar semua? pada posting sebelum ini, saya ada memberitahu yang pusat pembelajaran saya telah pun di tutup secara kekal dan jika ada tempahan mengajar dari pihak ibu bapa ataupun agensi, saya akan meminta pihak ibu bapa atau agensi menyediakan ruang pembelajaran yang selesa.

Dan khabar gembira nya disini, saya hendak memberitahu, sebuah pertubuhan politik menyediakan sebuah pusat tuisyen bagi mengajar anak anak sekolah sempena cuti sekolah di dalam kariah setempat mereka, dan sebagai pengajar yang ingin menyampaikan ilmu secara hands on kepada semua pelajar, secara sukarela menawarkan diri mengajar anak anak pelajar sekolah ini. Dari sudut kebaikan, program ini sangat bagus untuk masa depan anak anak terutamanya apabila melangkah ke alam kampus atau pekerjaan.

Jom sertai Tuisyen Asas ICT Hang Tuah Jaya, kadar bayaran sangat berpatutan, jangan risau. yang penting anak anak dapat pendedahan.

Hidup semakin keras dik, suka atau tidak, kita kena paksa diri untuk mendalami ilmu pelajaran, mantapkan diri dengan ilmu, bila kita ada ilmu, inshallah, kemana pun kita tercampak, masih boleh sesuaikan diri. Tiada siapa akan bantu kita, melainkan diri kita, kita sahaja yang boleh mengubah diri kita.

Tuisyen Asas ICT Hang Tuah Jaya


Kepada para ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak anak mendalami ilmu asas ICT, boleh mendaftar di SINI . Jom pelajar Asas ICT dengan saya di pusat Tuisyen ICT Hang Tuah Jaya.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.