Perasan tak semakin kita berusia semakin kita kurang kawan atau lebih banyak berdiam dari banyak bercakap, bukan lah bererti tiada langsung kawan, cuma kita lebih menghargai nilai sesuatu persahabatan dan memilih circle sahabat yang positif.

Seperti saya, saya memilih untuk berkawan dengan rakan yang menyenangkan kepala otak (mental) saya, kalau boleh tahun ini 2024, dah tak mahu absorb masalah, nak free mind, dan relax santai sahaja. Buat apa nak sakit kepala mendengar masalah orang dan penyakit utama yang boleh merosakkan nilai persahabatan itu daripada social media itu sendiri. 

kita adalah dengan siapa kita berkawan

Pening juga bila lihat sosial media, video video pelik yang keluar, padahal kita tak suka pun dengan video tersebut. Pandangan saya, kita adalah dengan siapa kita berkawan, dan pilihlah rakan yang sihat mentalnya, Jika kita memilih rakan yang salah baik secara realiti ataupun melalui sosial media, apa sahaja habitnya tabiat ataupun attitude yang mereka buat, sudah pasti secara tidak langsung akan terpalit kepada kita juga.

Saya menghadkan rakan yang benar benar saya kenal di media sosial mahupun membina gap secara realiti dalam persahabatan. Biar lah orang nak kata sombong atau sebaliknya, biar tak ramai, asalkan berkualiti, dari ramai tapi 'tak membantu'. Orang kampung kata, apa pun tak boleh.

Teknologi kini AI, juga megambil sampel dari dengan siapa kita berkawan menjadi rakan di media sosial, jika kita memilih berkawan dengan rakan yang suka melihat porno video lucah, maka, sosial media kita akan di penuhi dengan video video lucah.

PILIHLAH KAWAN YANG BAIK, KERANA IA ADALAH CERMINAN KEPADA DIRI KITA.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.