Assalamualaikum, lama rasanya tak menulis artikel di blog ini. Terima kasih kepada semua yang masih terus membaca artikel dari saya. Alhamdulillah, traffic view masih memberansangkan.
Rasa macam masih relevan lagi sedangkan sejak ada teknologi Ai ni orang dah semakin tak mahu mencari maklumat serta membaca artikel di blog, kerana semua maklumat mudah didapati sekarang, memang budak budak anak anak kita sekarang mudah bekerja dan belajar di IPTA dan IPTS.
Persoalannya, dengan semudah ini, adakah membentuk peribadi, adab dan hasil kerja yang berkualiti ?
Apatah lagi nak mempelajari sesuatu di dalam kelas fizikal.
Kini semua orang boleh buat poster, semua orang boleh buat laman web, semua orang boleh mendapatkan sesuatu dengan mudah sambil makan kacang.
Bagi saya, saya sudah terbiasa mempelajari sesuatu cara susah dan sukakan cabaran dalam menuntut ilmu, dan kualiti serta idea tu yang penting. Saya sambut baik dan mempelajari juga Ai ini, sebagai menambah baik kualiti kerja saya dari semasa ke semasa.
Saya masih menggunakan Adobe Flash, Adobe Photoshop, Illustrator, HTML, Authorware, PHP language sebagai tools develop design dan web.
Saya bangga bermula cara dan kaedah susah, kerana ia membantu sehingga kini untuk pelaksanaan kerja sesuai dengan peredaran masa dan keadaan.
CUMA TIADA TUISYEN KELAS FIZIKAL buat masa ini, orang dah tak mahu belajar dengan guru sekarang. Itu hakikatnya.

Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.