banner_blog2020 (3)

11 Sep 2020

Punca Kenaikan Trafik Blog Yang Tinggi

Assalamualaikum semua kepada pembaca blog ini, maaf kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga kan tidak terkejar untuk melihat langsung blog ini apetah lagi untuk mengemaskini blog yang suram ini, walau macam mana pun, syukur juga view traffic blog ini juga semakin meningkat mendadak lebih dari kebiasaan biasa, Alhamdulillah. Apa sebab kenaikan trafik blog tiba tiba tinggi? 

Sebenarnya dalam kesibukan yang teramat sangat ini, banyak jugalah idea untuk menulis, pernah juga hendak meluangkan masa sekurang kurangnya satu jam untuk menulis di blog, tapi bila buka laptop je terus hilang idea. haha, begitulah sukarnya kepayahan sebagai penulis bloggers separuh masa yang tiada siapa tahu, kaedah dan cara penulisan di blog tidak sama macam kita menulis status di media sosial, apa pun terbaik dan tahniah kepada semua rakan rakan bloggers yang masih bertahan. Korang memang awesome kerana masih menjadikan blog sebagai diari kehidupan yang patut di kongsikan untuk rujukan di masa akan datang.


Anda Mungkin Meminati :

18 Jul 2020

Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera

Topik kali ini, adalah untuk memberitahu Cara Cara Untuk Membuat QR Code My Sejahtera, amat mudah, hanya perlu mendaftar terlebih dahulu maklumat perniagaan dan alamat perniagaan, seterusnya sistem akan automatik membina QR Code premis kepada anda, sesuai di gunakan untuk tujuan perniagaan dan di musim pandemik virus Covid ini.

Sebenarnya aplikasi My Sejahtera ini adalah sebagai opsyen dan bukanlah merupakan kewajipan Aplikasi ini dapat memberikan maklumat yang tepat secara atas talian, mudah dan pantas, tidak perlu lagi melakukan sentuhan secara fizikal seperti menulis buku menggunakan pen. Boleh juga menggunakan kaedah konvensional yang lain ataupun aplikasi yang lain seperti Google Forms atau sebagainya. Elakkan bersentuhan dan manfaatkan teknologi dan ke arah norma baru.

Tahun 2020 ini memang sukar dan mencabar, walaupun peratus di jangkiti itu menunjukkan 1 angka, Harus di ingat, Covid itu masih ada, dan sentiasalah berwaspada, jangan leka, elakkan dari bersesak beratur semata mata untuk menulis maklumat di buku, amalkan penjarakan 1 meter, sarankan agar menggunakan aplikasi My Sejahtera. Langkah nya sangat mudah hanya ikuti langkah demi langkah yang di tunjukkan.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih