Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya

Salam dan selamat sejahtera semua, agak lama tak menyertai sebarang Giveaway atau segmen anjuran rakan rakan Bloggers, harap maaf tak dapat nak blogwalking blog rakan rakan, kerana bloglist telah hilang di sebabkan penukaran template blog yang baharu, lebih fresh dan lebih patuh SEO. Banyak lagi perkara perlu di tambahbaik pada template ini supaya lebih dinamik dan menepati pematuhan Google Search Console.

Ternampak Segmen ini di blog rakan Mrs. A. Wah macam menarik, cerita apa sahaja yang berkaitan dengan Nombor 10, dan kebetulan itu adalah nombor pilihan dan kegemaran, ada kisah di sebalik nombor tersebut. Kepada rakan rakan bloggers yang mana saya tertinggal atau terlepas pandang untukmeletakkan di dalam senarai bloglist saya ini, sila hadirkan diri meninggalkan jejak di blog ini dengan meletakkan komen namun tidak perlu lah meletakkan url anda, cukup lah sekadar korang melengkapkan maklumat URL blog masing masing di profile masing masing,

Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya

Kepada yang ingin menyertai Segmen 10 Bloggers Terpantas Anjuran Misya ini, korang boleh tekan pada gambar di atas, Jom la sertai, kalau ada rezeki, menang segmen ini, Alhamdulillah, kalau tak menang, tak apa lah, anggap la tiada rezeki, yang penting kita dapat eratkan hubungan silaturrahim sesama bloggers, siapa lagi nak bantu, kalau bukan bloggers sendiri bantu bloggers, kan ? 

Sebelum tu, korang kena pastikan mematuhi semua kriteria yang di tetapkan, boleh tekan sekali pada gambar di atas terus ke pautan Segmen bloggers Misya ini. Ok, apa kaitan nombor 10 di dalam diri saya ? Saya lahir pada 10 April , dan dalam masa yang sama memang minat betul dengan bekas pemain bola sepak Italy piala dunia 1994 iaitu Roberto Baggio, dia memakai jersi bernombor 10. 

Saya telah follow instagram bloggers ini sebelum ini, cuma yang satu lagi tu (ftimber_putrajaya), tu tak dapat follow sebab user not found. Memang dah follow lama blog Misya ini. Hihi

Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya

Roberto Baggio ni seorang pemain bola sepak yang terbaik dan lincah di atas padang, dengan gaya permainan dan penampilan unik, memang kagum lah. Semasa di tingkatan 2, pernah dapat nombor 10 di dalam kelas, paling membanggakan ketika itu, tak adalah bebal sangat, 10 dari 21 pelajar, terbaik kan? hahaha. Okay lah, cukup lah setakat ini sahaja cerita pasal Nombor 10, terima kasih kepada bloggers Mrs. A kerana tanpa anda, tak mungkin saya dapat bercerita pasal nombor 10 ini. Hah, apa lagi, Jom la, join segmen Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya.

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Tq sudi join. :) hehe ok sgtla tu no. 10 dlm kelas. saya pernah dapat no last kot dalam kelas masa skeolah rendah. huhu. http://www.aimisyahirah.com/2020/11/senarai-peserta-pemenang-segmen-10.html

    BalasHapus
  2. jalan-jalan dari segmen yang sama (^_^)

    https://www.mialiana.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html

    BalasHapus
  3. singgah BW sini dari segmen yg sama..

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.