Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE

Friday, October 17, 2014

Berbuat baiklah sesama insan...

Berbuat baiklah sesama insan...

Masa nak jumpa rakan di sebuah pasaraya, terserempak dengan seorang pakcik ini, dari kelantan katanya. Datang melaka sebab nak cari kerja, tak kisah la apa pun, sapu sampah pun takpe, yang penting kerja halal! 

Datang dari kelantan bawa duit rm 100. 4 hari di melaka, duit dalam wallet dah tinggal rm 3. Kesian pakcik ni. Aku nak tolong, tapi aku pun takde duit tunai masa tu. Ada la duit merah sekeping, duit biru 8 keping. Lepas la beli rokok dunhill sekotak.


Kebetulan aku pun lapar, aku pun pelawa pakcik ni dan dia setuju ikut...aku tahu dia lapar! Masa tengah makan, pakcik ni cakap dia tidur di sebuah madrasah di umbai bersama seorang uztaz. Pakcik ni mengkagumi tok guru nik aziz, kerana sepanjang nik aziz menjadi menteri besar, beliau tidak kedekut dan banyak beri bantuan dan duit pada rakyatnya! Minta rm 100, diberinya rm 100! Aku tanya kenapa macam tu? Pakcik tu cakap..tok guru pesan, ini semua bukan milik dia, ini milik Allah. Aku speechless! Hebat orang sebegini! Begitu bersederhana..

Lepas makan, aku beri duit tambang dan minta nombor telefon pakcik ni, sayangnya dia tiada telefon! Dan macamana aku nak call untuk beritahu ada kerja kosong nanti?

Dia keluarkan buku lima di poket dan minta aku tulis nombor telefon aku. Dia kata bila sampai di madrasah nanti, dia pinjam telefon ustaz tu dan akan telefon kembali! Sampai sekarang tiada panggilan dari pakcik ini. Ada la jawatan kosong yang aku nampak terpampang di pasaraya berdekatan, jika ada nombor bolehlah khabarkan..emmm

Selepas makan, aku tanya pakcik ini, balik macamana? Dia kata, naik bas.!..oh jauh tu pakcik. Lagipun disini susah nak dapat bas henti henti, takpela saya hantarkan ke bas sentral. 

Selepas turun kereta, pakcik tu tersenyum dan mengucapkan terima kasih, aku pun cakaplah, takpela pakcik..cukuplah pakcik mendoakan agar saya dimurahkan rezeki dan bahagia.....

Semoga pakcik ini bahagia..macamana lah keadaannya sekarang ni, cukup makan ke tidak!..tidurnya macamana..! Akhirnya..aku tak jumpa pun rakan di pasaraya tu..mungkin ditakdir untuk berjumpa dengan pakcik dari kelantan ini.

4 comments:

  1. Ada hikmahnyaa kann? Baiknyaaa encik saiful ni *thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye scha . Ada hikmahnye..emm tanggungjawab kita sesama insan. Takkan nak biarkan..

      * mana tau pakcik tu ada anak perempuan..hiii

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.