blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa

17 Okt 2014

Berbuat Baik Sesama Insan

Masa nak jumpa rakan sekejap di sebuah pasaraya, terserempak dengan pakcik ini, dari kelantan katanya. Datang melaka sebab nak cari kerja, tak kisah la apa pun, sapu sampah pun takpe, yang penting kerja halal, katanya, dalam hati aku mula berkata, huh jauh betul perjalanan pakcik ke sini. 

Datang dari kelantan bawa duit RM 100. sudah empat (4) hari berada di melaka, tapi duit dalam beg duit nya sudah tinggal hanya RM 3.00 sahaja. Kasihan pakcik ni. aku nak tolong, tapi aku pun takde duit tunai masa tu tapi ada la duit merah sekeping, duit biru lapan keping. Lepas la untuk beli rokok dunhill sekotak.


Kebetulan aku pun lapar, aku pun pelawa pakcik ni dan dia setuju ikut aku tahu dia juga lapar, masa tengah makan, pakcik ni cakap dia tidur di sebuah madrasah di umbai bersama seorang ustaz. Sempat pakcik ni bercakap sesuatu berkenaan Tok Guru Nik Aziz, katanya dia amat mengkagumi tok guru nik aziz, kerana sepanjang nik aziz menjadi menteri besar, beliau tidak kedekut dan banyak beri bantuan dan duit pada rakyatnya, kalau minta rm 100, diberinya RM 100! Aku pun tanya kenapa macam tu? Pakcik tu cakap, tok guru pesan, ini semua bukan milik dia, ini milik Allah. Aku teruja dan seronok pula mendengat hujahan pakcik ini,  begitu bersederhana..

Berbuat Baik Sesama Insan...


Lepas makan, aku beri duit tambang dan minta nombor telefon pakcik ni, sayangnya dia tiada telefon! Dan macamana aku nak hubungi untuk beritahu pada dia kalau ada kerja kosong nanti? Dia keluarkan buku lima di poket dan minta aku tulis nombor telefon aku. Dia kata bila sampai di madrasah nanti, dia pinjam telefon ustaz tu dan akan telefon kembali! Sampai sekarang tiada panggilan dari pakcik ini. Ada la jawatan kosong yang aku nampak terpampang di pasaraya berdekatan, jika ada nombor bolehlah khabarkan pada dia. Mari kita Berbuat Baik Sesama Insan tanpa mengira usia.

Selepas makan, aku tanya pakcik ini, balik macamana? Dia kata, naik bas, oh jauh tu pakcik. Lagipun disini susah nak dapat bas henti henti, takpela saya hantarkan ke bas sentral. Selepas turun kereta, pakcik tu tersenyum dan mengucapkan terima kasih, aku pun cakaplah, takpela pakcik, cukuplah pakcik mendoakan agar saya dimurahkan rezeki dan bahagia sentiasa. Semoga pakcik ini bahagia..macamana lah keadaannya sekarang ni, cukup makan ke tidak,tidurnya macamana? Akhirnya hari itu, tak jumpa pun rakan, mungkin ditakdirkan untuk berjumpa dengan pakcik yang dari kelantan ini. 

Anda Mungkin Meminati :

4 komentar:

  1. Ada hikmahnyaa kann? Baiknyaaa encik saiful ni *thumbs up!

    BalasHapus
    Balasan
    1. Ye scha . Ada hikmahnye..emm tanggungjawab kita sesama insan. Takkan nak biarkan..

      * mana tau pakcik tu ada anak perempuan..hiii

      Hapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih