Masa nak jumpa rakan di sebuah pasaraya, terserempak pula dengan seorang pakcik ini, katanya dari negeri kelantan, datang melaka sebab nak cari kerja, tak kisah la apa pun, sapu sampah pun takpe, yang penting kerja halal, dalam hati aku mula berkata, huh jauh betul perjalanan pakcik tu ke sini. Sanggup merentas negeri orang, entah apa yang di cari sebenarnya. 

Datang dari kelantan berbekalkan duit sebanyak RM 100.00. sudah empat (4) hari berada di melaka, tapi kini duit didalam beg duit dia pun sudah tinggal RM 3.00 sahaja. Kasihan pakcik ni. aku nak tolong, tapi aku pun takde duit masa tu, kalau ada pun, duit merah sekeping, duit biru lapan keping. Lepas la untuk beli rokok dunhill sekotak.


Kebetulan aku pun lapar masa tu, terus mempelawa pakcik ni dan dia setuju ikut, ketika makan, pakcik ni cakap dia tidur di sebuah madrasah di umbai bersama seorang ustaz. Sempat pakcik ni bercakap sesuatu berkenaan Tok Guru Nik Aziz, katanya dia amat mengkagumi tok guru nik aziz, kerana sepanjang nik aziz menjadi menteri besar, beliau tidak kedekut dan banyak beri bantuan dengan memberi duit gajinya kepada rakyat,  Aku pun tanya kenapa macam tu? Pakcik tu cakap, tok guru pesan, ini semua bukan milik dia, ini milik Allah. 

Berbuat Baik Sesama Insan...

Lepas makan, aku beri duit tambang dan minta nombor telefon pakcik ni, sayangnya dia tiada telefon! Dan macamana aku nak hubungi untuk beritahu pada dia kalau ada kerja kosong nanti? Dia keluarkan buku lima di poket dan minta aku tulis nombor telefon aku. Dia kata bila sampai di madrasah nanti, dia pinjam telefon ustaz tu dan akan telefon kembali! Sampai sekarang tiada panggilan dari pakcik ini. Ada la jawatan kosong yang aku nampak terpampang di pasaraya berdekatan, jika ada nombor bolehlah khabarkan pada dia. Mari kita Berbuat Baik Sesama Insan tanpa mengira usia.

Selepas makan, aku tanya pakcik ini, balik macamana? Dia kata, naik bas, oh jauh tu pakcik. Lagipun disini susah nak dapat bas henti henti, takpela saya hantarkan ke bas sentral. Selepas turun kereta, pakcik tu tersenyum dan mengucapkan terima kasih, aku pun cakaplah, takpela pakcik, cukuplah pakcik mendoakan agar saya dimurahkan rezeki dan bahagia sentiasa. Semoga pakcik ini bahagia..macamana lah keadaannya sekarang ni, cukup makan ke tidak,tidurnya macamana? Akhirnya hari itu, tak jumpa pun rakan, mungkin ditakdirkan untuk berjumpa dengan pakcik yang dari kelantan ini. 

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Ada hikmahnyaa kann? Baiknyaaa encik saiful ni *thumbs up!

    BalasHapus
    Balasan
    1. Ye scha . Ada hikmahnye..emm tanggungjawab kita sesama insan. Takkan nak biarkan..

      * mana tau pakcik tu ada anak perempuan..hiii

      Hapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.