Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Tuesday, November 21, 2017

Dulu Bodoh Sekarang Pandai Sikit

Minggu ini sahaja ,aku terima banyak panggilan dari luar melaka cuba hubungi aku, antara nombor nombornya seperti 03246xxxx cam tulah lebih kurang..dari yang 10 digit hinggalah ke 4-5 digit...22333, malas ah nak answer call...maklumlah sudah terkena 'panggilan' dari sarjan scammer tempohari. Fobia beb...3 jam, murung...semata mata nak beri kerjasama sepenuhnya...! Rasa serik nak pickup call, kalau tiba tiba nombor tak dikenali terpapar di handphone. Yang peliknya, average setiap hari sampai 5-6 kali nombor yang hampir sama bermula dari 03-xxxx call...ermm, mungkin bank ? atau mungkin client ? atau mungkin inspektor polis?

Boleh baca kisah sarjan (scammer) penipu besar di sini  . Cuma pada hari minggu lepas, terjawab call dari pihak bank berkenaan insuran kelompok mereka...ermm, bank pun dah promote insuran by call, dan jawapan yang aku berikan tidak dan sila hubungi semula, kerana berada di luar kawasan.


http://www.safirulamar.com/2017/10/hati-hati-dengan-scammer-online.html

Sekarang ini, banyak kes scammer online, yang cuba menipu mangsa melalui panggilan telefon, hati hati semua lah ya, jangan sampai terperangkap dengan penipu ni semua, begitu juga jika berurusniaga secara online..pastikan selidik terlebih dahulu latar belakang dan tanya rakan rakan dan minta pandangan.

Sepanjang hidup aku,  kes scammer online, ini kali kedua , yang pertama, aku pernah di tipu oleh seorang brother, katanya pegawai Mara..tak tahu lah mana scammer ni dapat maklumat aku, katanya aku mendapat bantuan pelajaran dari mara..dan penipu tu, minta tunggu di sebuah pasaraya untuk ambil aku dengan kereta nya... aku pun happy dan naik lah kereta mamat tu, bila sampai di pejabat mara melaka, dia suruh aku turun di situ, dan minta handphone Nokia 8310 aku, katanya nak pinjam sebab, bateri telefon penipu tu sudah habis...aku pun berilah melalui tingkap kereta dia je...dia suruh tunggu di depan pejabat mara tu...dia kata, tunggu sampai dia datang semula, sebab nak ambil pelajar yang lain...tapi! handphone aku dia minta pinjam sekejap, dia buat buat call sapa entah..lepas tu, sambil dia call...dia pun berlalu dengan keretanya sambil hon aku lambai tangan!...4 jam aku tunggu di depan pejabat mara...sampai sekarang tak dapat handphone aku tu,....masa tu aku guna nokia 8310 , memang power lah handphone tu..masa zaman tu lah...game yang ada paling canggih masa tu..game snow! pulangkan lah balik handphone aku tu jantan setan...! penipu !

Habis helmet..beg, baju wooded, handphone kena kebas....balik kena marah dengan mak! aku pun runsing memikirkan...begitu mudah di tipu....macam mana lah aku boleh naik kereta mamat tu...adui. Cepat percaya....tanpa selidik, dan akhirnya, di tipu bulat bulat...

Sesudahnya....bila dah dewasa berumur 33 tahun kini , masih lagi 'mudah' di tipu, maybe lembut hati dan melayan sebab kesian! Nasib baik kali kedua ni, pandai sikit..sebab terus call pihak polis untuk dapatkan kesahihannya....dulu bodoh, sekarang dah pandai dan celik sikit..haha .

Nasihat aku, sebelum buat sesuatu pembelian..selidik dahulu latar belakang penjual...dan minta bantuan rakan rakan untuk dapatkan pandangan dan pengalaman mereka..Jangan sudah terkena baru nak menyesal...!

2 comments:

  1. boleh install apps true caller untuk tahu siapa call kita =)

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi