Minggu ini sahaja ,aku terima banyak panggilan dari luar melaka cuba hubungi aku, antara nombor nombornya seperti 03246xxxx macam tulah lebih kurang, bermula dari yang 10 digit hinggalah ke 4-5 digit 22333, malas ah nak jawab panggilan, maklumlah sudah terkena panggilan scammers dari sarjan penipu tempohari. Fobia beb, 3 jam, murung sekejap semata mata nak beri kerjasama sepenuhnya, Rasa serik nak jawab panggilan lagi. Yang peliknya, purata panggilan setiap hari sampai 5-6 kali nombor yang hampir sama bermula dari 03-xxxx yang hubungi, mungkin bank ? atau mungkin orang ramai yang ingin bertanyakan sesuatu ? atau mungkin inspektor polis?

Hampir menangis jugalah di soal siasat, sampai merayu rayu minta selesaikan cara baik, cuma pada hari minggu lepas, terjawab call dari pihak bank berkenaan insuran kelompok mereka, ermm, bank pun dah promote insuran melalui panggilan telefon, dan jawapan yang aku berikan tidak dan sila hubungi semula, kerana berada di luar kawasan. Lepas tu silent telefon.


Sekarang ini, banyak kes scammer online, yang cuba menipu mangsa melalui panggilan telefon, hati hati semua lah ya, jangan sampai terperangkap dengan penipu ni semua, begitu juga jika berurusniaga secara online..pastikan selidik terlebih dahulu latar belakang dan tanya rakan rakan dan minta pandangan.

Dulu Bodoh Sekarang Pandai Sikit

Sepanjang hidup aku,  kes scammer online, ini kali kedua , yang pertama, aku pernah di tipu oleh seorang lelaki, katanya pegawai Mara, tak tahu lah macam mana scammer ni dapat maklumat aku, katanya aku mendapat bantuan pelajaran dari mara, dan sipenipu tu, minta tunggu di sebuah pasaraya untuk ambil aku dengan kereta nya aku pun gembira dan naik lah kereta mamat tu, bila sampai di pejabat mara melaka, dia suruh aku turun di situ, dan minta pinjam sekejap telefon aku, masa tu aku pakai Nokia 8310 aku, katanya nak pinjam sebab, bateri telefon lelaki tu sudah habis

Aku pun berilah melalui tingkap kereta dia je, dia suruh tunggu di depan pejabat mara tu dia kata, tunggu sampai dia datang semula, sebab nak ambil pelajar yang lain tapi! telefon aku dia minta pinjam sekejap, katanya nak hubungi pelajar bertuah yang lain, dia acah acah buat panggilan pada sapa entah, lepas tu, sambil dia hubungi dia pun berlalu dengan keretanya sambil hon aku lambai tangan!

Hampir empat (4) jam aku tunggu lelaki tu di depan pejabat mara jalan hang tuah, sampai sekarang tak dapat telefon aku tu, masa tu aku guna nokia 8310 , memang power lah handphone tu masa zaman tu lah, game yang ada paling canggih masa tu..game snow ice tu, tolonglah pulangkan lah balik handphone aku tu jantan setan, penipu !Habis helmet, beg,baju wooded, telefon kena kebas,balik kena marah dengan mak! aku pun runsing memikirkan begitu mudah di tipu, macam mana lah aku boleh naik kereta mamat tu adui. mudah percaya tanpa selidik, dan akhirnya, di tipu bulat bulat. 

Sesudahnya, bila dah dewasa berumur 33 tahun kini , masih lagi mudah di tipu, mungkin terlalu lembut hati dan melayan sebab kesian! Nasib baik kali kedua ni, pandai sikit sebab terus call pihak polis untuk dapatkan kesahihannya, itulah dulu bodoh lembab, sekarang dah pandai dan celik sikit, haha .

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.