Safirul Amar Azmi Blog! jom sale Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE healthydrink BELI DAN DAPAT DISKAUN

Monday, August 13, 2018

Tiga Sebab Kita Kesempitan Wang

Berikut ada lah tiga (3) sebab kenapa kita Kesempitan wang, ini hasil hands on atau pengalaman dari diri aku sendiri (yang terjadi) dan tidak membabitkan dengan sesiapa yang hidup. Mungkin boleh ambil iktibar sedikit dari apa yang aku ingin cuba sampaikan di bawah.

Ya, banyak lagi sebab sebab kenapa kita selalu kesempitan wang kalau menurut Agama antaranya seperti wang tak berkat, wang di perolehi dari sumber yang haram, makan harta anak yatim dan sebagainya, maka nya, wang sentiasa tidak cukup dan lain lain....kalau nak di beritahu puncanya banyak, tapi 3 (tiga) sebab yang di nyatakan di bawah adalah perkara yang biasa kita dengar, kadang kadang terjadi di dalam hidup kita, kita hadapi, dan mungkin kita lakukan dan namun masih boleh di elakkan, di rawat , dan harus sentiasa berhati hati. Langit tak selalunya cerah, ibarat macam roda, kadang kadang kita di atas, dan kadang kita di bawah. CASH IS KING SOMETIME AND FOR MANY TIMES WE NEED CASH IN OUR LIFE. haha.

Walau macamana pun, jika kita mempunyai CASH FLOW yang teruk buat masa ini, cuba jual barang apa yang boleh di jual, tutup hutang mana yang boleh, dan TAUBAT seterusnya BINA SEMULA KEKAYAAN.

Dan juga lupa belajar MEMBERI......lagi banyak kita memberi walaupun sedikit...pasti akan ada rezeki kita perolehi nanti. Boleh baca kisah memberi di sini



 Antara punca punca yang menyebabkan kita kesempitan wang antara sebabnya ialah ;

1) Memberi pinjam duit pada rakan.

Kebanyakkannnya sebelum dapat semua berjanji manis, pinjam hari ini  janji esok bayar...kesudahan nya dah jejak 2 tahun....masih tak bayar lagi, yang lagi bertambah sakit hati, bila lihat status orang yang berhutang dengan kita tu, update macam macam beli itu lah, beli ini lah, berjalan honeymoon sana sini tanpa rasa bersalah.

Sampai ke sudah...hutang tak di bayar....yang berhutang terus berhutang tanpa memikirkan nasib yang memberi pinjam....cukup makan ke tak. Tanpa belas kasihan, asyik memberi tarikh dan tarikh seterusnya...kau baguslah menunggu sambil melihat bulan yang tak jatuh jatuh ke riba..jadi tonggong kena perlekeh dan kena main dengan orang....

rahsiakambing

2) Tidak menyimpan harta atau simpanan

Mmebuat simpanan wang itu bagus, tapi wang bukanlah di kategori kan sebagai HARTA. harta yang di maksudkan adalah seperti, binatang ternakan, emas, perak, dan harta benda fizikal contohnya seperti rumah, kenderaan dan sebagainya yang berkaitan. Mulai harini, mula kan lah menyimpan, walaupun sedikit, yang penting ada lah juga, sekurang kurangnya dapatlah membantu ketika kita susah.

"Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." - (Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal).Ada berberapa ayat dalam Al Quran yang menyebut pasal harta benda seperti emas dan perak antaranya seperti ;

 Ali ‘Imran, ayat 14
 Dan dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu; wanita-wanita, anak harta yang banyak dari EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).

Simpanlah walau 0.5 gram sekalipun setiap bulan...

3) Tiada ILMU.

Ketahuilah, tanpa ilmu siapalah kita sebenarnya.....tuntutlah ilmu, kerana ilmu itu mampu membuatkan kita 'senang' . percayalah, walaupun miskin harta...tak apa yang penting kita 'kaya' dengan ilmu berguna....

Cuba faham kan ayat ini yang menjadi pegangan hidup aku, "Jana Pengetahuan, Bina Kekayaan, Dan Jamin Kesejahteraan" ? Bila kita ada pengetahuan, akan akan dapat membina kekayaan dan seterusnya menjamin kesejahteraan.

Kalau ada ilmu, duit akan datang. Kalau ada duit tetapi tidak ada ilmu, duit itu akan habis. Beri ilmu pada sesiapa yang memerlukan, kerana DUIT akan habis jika di BELANJAKAN, manakala, ILMU tidak akan habis jika di 'BELANJAKAN'

Sebagai contoh, pergi ke kursus membina blog.....faham dan fokus sehingga mampu menjana pendapatan sampingan hanya menerusi blog...bagus kan? itu lah kelebihan ilmu.

1 comment:

  1. entri terbaik saya kira pasal rezeki. Saf terima kasih ya

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi