Berikut ada lah tiga (3) sebab kenapa kita sentiasa mengalami Kesempitan wang, ada sahaja yang menyulitkan terjadi,  Mungkin boleh ambil iktibar sedikit dari apa yang aku ingin cuba sampaikan di bawah. Ya, banyak lagi sebab sebab kenapa kita selalu kesempitan wang kalau menurut Agama antaranya seperti wang yang diperolehi itu tidak berkat, wang di perolehi dari sumber yang haram, makan harta anak yatim, riba dan rasuah dan sebagainya, dengan itu, wang sentiasa tidak cukup, 3 (tiga) sebab yang di nyatakan di bawah adalah perkara yang biasa kita dengar, kadang kadang terjadi di dalam hidup kita.

Walau macamana pun, jika kita mempunyai cash flow (aliran tunai) yang teruk buat masa ini, nasihat aku, jual barang apa yang boleh di jual, tutup hutang mana yang boleh, dan taubat. Bina hidup anda semula, bangkit semula. Jangan lupa belajar untuk memberi, lagi banyak kita memberi walaupun sedikit, pasti akan ada rezeki kita perolehi nanti. Boleh baca kisah memberi di sini

Tiga Sebab Kita Kesempitan Wang



 Antara punca punca yang menyebabkan kita kesempitan wang antara sebabnya ialah ;

1) Memberi pinjaman duit kepada rakan.

Kebanyakkannnya sebelum dapat semua berjanji manis, pinjam hari ini  janji esok bayar, kesudahan nya dah jejak 2 tahun, masih tak bayar lagi, yang lagi bertambah sakit hati, bila lihat status orang yang berhutang dengan kita tu, update macam macam beli itu lah, beli ini lah, berjalan honeymoon sana sini tanpa rasa bersalah. Sampai ke sudah, hutang tak di bayar, yang berhutang terus berhutang tanpa memikirkan nasib rakan yang memberi pinjaman. Tanpa belas kasihan, asyik memberi tarikh dan tarikh seterusnya, elok menunggu sambil melihat bulan yang tak jatuh jatuh ke riba, jadi bebal kena perlekeh dan kena main dengan orang.


2) Tidak menyimpan harta atau simpanan

Mmebuat simpanan wang itu bagus, tapi wang bukanlah di kategori kan sebagai HARTA. harta yang di maksudkan adalah seperti, binatang ternakan, emas, perak, dan harta benda fizikal contohnya seperti rumah, kenderaan dan sebagainya yang berkaitan. Mulai harini, mula kan lah menyimpan, walaupun sedikit, yang penting ada lah juga, sekurang kurangnya dapatlah membantu ketika kita susah.

"Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." - (Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal).

3) Tiada ILMU.

Ketahuilah, tanpa ilmu siapalah kita sebenarnya.....tuntutlah ilmu, kerana ilmu itu mampu membuatkan kita senang, Percayalah, walaupun miskin harta, tak apa yang penting kita 'kaya' dengan ilmu berguna.

Cuba faham kan ayat ini yang menjadi pegangan hidup aku, "Jana Pengetahuan, Bina Kekayaan, Dan Jamin Kesejahteraan"? Bila kita ada pengetahuan, akan akan dapat membina kekayaan dan seterusnya menjamin kesejahteraan. Kalau ada ilmu, duit akan datang. Kalau ada duit tetapi tidak ada ilmu, duit itu akan habis. Beri ilmu pada sesiapa yang memerlukan, kerana DUIT akan habis jika di BELANJAKAN, manakala, ILMU tidak akan habis jika di 'BELANJAKAN'.

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. entri terbaik saya kira pasal rezeki. Saf terima kasih ya

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.