Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Thursday, May 17, 2012

Kena ambik tahu

Ramai anak muda dan masyarakat bersikap malas nak ambil tahu hal-hal politik negara, lepas tu bila bercakap pasal politik tak menggunakan otak! tuh yang hidup segan mati tak mau tu. haha. korang nak sokong apa pun aku tak kisah, tapi kenalah rasional bila berkata-kata, bercakap dengan fakta dan bukti yang kukuh, kita marah bila orang menipu kita, tapi kita bercakap tanpa soal selidik terlebih dahulu, tu spesis apa plak tu? spesis baghal kot. haha

Canggih Manggih

haha..korang dulu pernah beli tak kaset? piring hitam? harga mahal gila, dulu mana la ada CD MP3 ni semua, nak beli pendrive pun mahal! rasa-rasanya dulu era 90 an paling manggih pun walkman cd mp3, haha..kan kan haha

sekarang ni artis ramai yang takleh cari makan, hasil karya mereka dirampok dengan sonangnyo eh..haha, download je, berdesup! tapi kalau betul korang minat mereka dan nak support 100%, sure korang beli yang original stuff diorang kan untuk buat koleksi peribadi yang menunjukkan yang korang support gilo dengan artis tersebut. kan kan kan, walaupun artis tersebut tak kenal pun anda.Aku minat butterfingers dan loque , aku beli CD mereka, no pirate okay. original ye. tuh la CD original yang terakhir aku beli, sebab nak sokong industri muzik tempatan, buat apa support artis indon? baik kita sokong muzik malaysia.

Apa yang membantu artis-artis melayu, cina dan india kita ni semua sebenarnya? media prima wujudkan program-program realiti seperti mentor, maharaja lawak, one in million, versus, muzik-muzik dan banyak lagilah, kalau nak harapkan pada penjualan lagu mereka memang tak memuaskan la, dubbing pun berleluasa. penulis lirik, pencipta lagu, penyanyi semua dapat ganjaran hasil karya mereka di program realiti ini, apa yang nampak disini, ada lagu-lagu mula dikenali bila diselitkan dalam program drama/filem tempatan dan menjadi theme song drama tersebut. apa yang penting, aku dah mula minat band Hyper Act disebabkan drama seindah sakura dalam slot program akasia TV3 jam 6.30 petang. memang best. haha..baru lepas muat-turun lagu ost tu. haha. best.. 

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi