Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Saturday, January 02, 2016

Berminat?

Sempena tahun baru ini, aku bercadang nak memberi sedikit rezeki yang aku perolehi sikit buat korang semua, ala kira macam bersedekah la kan? dan ini juga sebagai tanda aku menghargai korang semua.

So, dipendekkan cerita, aku nak adakan giveaway untuk bloggers part 2, sebelum ini di part 1 (boleh klik sekali untuk melihat), ramai yang menyertai, kali ini hadiah lebih menarik dari sebelum, cuma aku mungkin tidak keseorangan, maksudnya, ada sesiapa tak nak join dengan penganjur dan jadi sponsor?

Kalau ada sesiapa yang berminat nak menyertai menjadi pihak sponsor, bolehlah email saya di safirulamar@gmail.com ,  korang boleh tulis nama blog korang dan apa hadiah yang nak di beri. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, pertengahan bulan januari 2016, program ini akan berlangsung.

Hadiah? ermm seperti biasa wang tunai, produk produk lokal tempatan keluaran anak tempatan dan ? hehe

Siapalah aku

Selamat tahun baru 2016 kepada anda semua, terima kasih kerana sudi membaca blog aku, dan aku sangat menghargainya, tanpa anda semua siapalah aku. Bila tahun baru tiba, bermaksud harapan, azam baru atau sebagainya, dan bagi aku, sudah semestinya yang selalu bermain di fikiran korang semua termasuk aku, ialah Harapan dan Azam! 

Tahun baru 2016 ini, aku berazam, hendak menjadi lebih baik, sentiasa bertolenrasi, dan bekerja bersunguh-sungguh. Itu azam baru aku, dan harapan aku, hendak menjadi yang terbaik dari setiap sudut kehidupan dan sentiasa cemerlang.

Dalam islam, istilah tahun baru 1 Januari tidak wujud, kita menyambut tahun baru pada 1 muharam. Apa apa pun, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan korang semua, sentiasa dimurahkan rezeki dan di kurniakan kesihatan yang sihat dan sentiasa ingat tuhan. 

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi