Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Sunday, April 17, 2016

Setelah Sekian Lama

Setelah sekian lama tiada satu pun CPUV Nuffnang yang masuk, akhirnya berdedai dedai kunjung tiba, alhamdulillah terima kasih nuffnang, terasa makin sayang pula dekat nuffnang, macam tahu tahu je aku nak cari penganti yang baru. haha

Status masih on-going dan di harapkan bertambah banyak yang masuk dan duduk lah lama lama sikit, buat macam blog sendiri. Nak kata blog aku ni sentiasa update tu takdelah kerap sangat, cuma mungkin SEO yang membuatkan blog ini sentiasa di kunjungi.

Pahit Manis Kehidupan Sebagai Pelajar

Selesai sudah minggu peperiksaan, memang memeritkan dan memenatkan, sebab banyak dugaan semasa nak ulangkaji & membaca, masa nak membaca buku la tiba tiba letih semacam, kerja di pejabat bertimbun timbun, tapi apa nak di kata, susah payah pun kena harungi juga, susah susah dahulu, senang senang kemudian kan? 

Boleh jawab ke tak boleh, itu semua sudah lumrah, kalau perfect takde lah ramai yang bersungguh sungguh nak sambung belajar, yang penting kena usaha, takde usaha, kejayaan takkan datang bergolek. Inilah pahit manis kehidupan sebagai pelajar separuh masa.

Hidup ini memerlukan ilmu untuk meneruskan kehidupan yang getir, bukan untuk bermegah, tapi untuk menaiktaraf diri kita kearah yang lebih baik, tuntutlah ilmu selagi hayat ada. Tanpa ilmu siapalah kita.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi