banner-2017-mcj bkecik-skytech UA SIGNATURE

Monday, April 18, 2016

Cuba Lah Kreatif Sikit

Makin di layan, makin menjadi jadi, menghadap slide powerpoint 2 hari, ada sahaja yang nak di betulkan, teks kejap nak besar lah, nak kecik kan lah, gambar tak sesuai lah, eh eh, kenapa nak susah kan hal yang remeh temeh? buat lah cantik, terbang sana terbang sini, sound effect berdentam dentum, tapi content ke laut pun tak guna.

Permudahkan dan cuba fokus pada hal yang mustahak, seperti cara penyampaian, cara berkomunikasi dengan berkesan dan sebagainya, bukannya berhari hari menghadap komputer semata mata nak betul kan design (grafik), masukkan teks, audio dan sebagainya.

Mat salih kalau present, design slide simple je, teks pun sikit, selebihnya orang yang nak present (speaker) tu lah yang cakap, baru lah orang tak mengantuk/lelap, tapi orang kita kalau boleh satu buku nak masuk dalam slide, lepas tu pening dan marah, kenapa orang tak fokus apa yang cuba nak di sampaikan dan mengantuk.

Lepas tu cakap kat depan ikut apa yang di tulis di slide. Cuba lah kreatif sikit, Berjela jela, baik orang balik tidur dari tengok slide yang kau buat.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi