Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Monday, April 25, 2016

Anak Anak Keladi Yang Comel

Selesai sudah program pembelajaran komputer celik ICT di Kompleks Japerun Serkam Jasin Melaka, course (pembelajaran) kali ini, peserta telah diberikan pendedahan membuat rekabentuk banner, bunting dan sedikit info asas tools menggunakan adobe illustrator CS 6.

Peserta yang hadir tidak berapa ramai dan masa yang di berikan untuk slot aku pun tidak panjang, hanya 2 jam sahaja, sebabnya faham faham jela, dengan ucapan yb, ucapan perasamian ketua pengerusi program dan ucapan tetamu khas lagi!  siapa tetamu khas (lihat Gambar 2 dibawah) ? Tetamu khas itu di import dari kelantan, katanya owner produk Dnars Skin Care, dan slot pembelajaran komputer aku, adalah slot yang terakhir sekali. Tetamu khas ini akan memberi suntikan semangat kepada semua peserta dan memberikan idea bagaimana mahu memulakan perniagaan.

Tapi sebelum itu, aku juga di minta untuk mengajar perisian adobe illustrator di Sekolah Datuk Palembang, pembelajaran pada hari tersebut, aku ajar macamana nak buat bintang, shape, clipping mask dan lain lain yang mana asas. Peserta program terdiri daripada anak anak keladi dari tingkatan 3,4 dan tingkatan 5. Dulu masa aku bersekolah, pelajar tingkatan 4 dan 5 dah macam bapa orang, tapi sekarang? halus betul..hehe.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi