banner-2017-mcj IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Senin, Mei 09, 2016

Janam Janam

Langsung takde apa apa perasaan pun tengok filem ada apa dengan cinta 2, jalan cerita macam cerita hindustan, akhirnya bertemu jua cinta sejati di penghunjung cerita nya. Seperti yang semua orang tahu,  Indonesia memang banyak tempat menarik untuk di lawati, dan kemungkinan filem ini salah satu tujuannya ialah mempromosikan produk pelancongan indonesia dan sempena tahun melawat indonesia 2016. Hai...teringin nak ke indonesia, tapi apakan daya..belum berkemampuan,

Mungkin filem ini kesinambungan dari cerita ada apa dengan cinta 1, kan? apa apa pun, memang janam janam betul lah, hehe.  

Sudah Bersediakah Kita

Tidak lama lagi akan tiba bulan Ramadhan, harap harap aku sempat menyambut bulan ramadhan kali ini, insyaallah dan di permudahkan oleh Nya agar dapatlah aku berpuasa penuh. Bulan sebelum puasa ni banyak cabaran dan dugaan menimpa, apa apa pun, setiap dugaan dan permasalahan ada penyelesaiannya.

Dah nama pun manusia kan? cabaran dan dugaan hidup dalam kehidupan seharian sentiasa tiba walaupun tidak diundang. Apa apa pun sudah bersediakah kita menyambut ketibaan bulan yang mulia tidak lama lagi?  

Semoga urusan seharian kita di permudahkan. Amin

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi