banner-2017-mcj bkecik-skytech

Tuesday, May 10, 2016

Orang Sekeliling Tak Faham Situasi

Mulakan pagi anda dengan perasaan yang ceria, riang ria dan jangan biarkan awal pagi anda di nodai dengan kemurungan hanya disebabkan perkara perkara yang boleh menyebabkan mood anda rosak di pagi hari, kerana ia akan merosakkan keseluruhan hari anda.

Rosak mood pagi pagi ni, bila trafik sesak teruk, kena bebel melampau di pagi hari, bunyi kenderaan kereta tempatan yang telah di ubah suai ,berlagak macam ala ala ferari,  dan yang paling utama, suara suara nyaring (bebelan) di pagi hari. 

Secara tidak langsung, akan membuatkan suasana hubungan di pejabat menjadi bercelaru, kusut dan segala galanya menjadi rosak. Tiada senyuman sepanjang hari, rasa macam nak makan durian pula di pejabat pagi pagi macam ni, biar semua orang mood rosak macam aku, kalau mood diorang rosak, dah tentulah mereka tak akan ajak bersembang, brainstorming tiba tiba dan tak terkinja kinja macam beruk, diam je seribu bahasa..kan?


PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi