Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Monday, May 23, 2016

Tidak Perlu Ikut Rentak Mereka

Sikap politik kotor pembawakan ahli politik bermasalah terbawa bawa di dialam organisasi baik di dalam sektor kerajaan dan sektor swasta menyebabkan sesuatu organisasi itu bermasalah dan terus bermasalah dan output yang terhasil akan menjadi kelam kabut dan menjadikan kakitangan yang kompeten dan bagus tenggelam hanyut di bawa arus kerosakan.

Budaya hasut menghasut, busuk membusukan, iri hati, gosip sana sini, kompetisi siapa lebih bagus, berat sebelah menjadi keutamaaan dan menjadi barah, itu yang wujudnya surat surat layang, berpuak puak dan sebagainya. 

Nasihat aku kepada mangsa mangsa keadaan di organisasi yang bermasalah, jangan peduli dan buatlah kerja seperti biasa, kalau kita mengikut rentak mereka, maka kita akan jadi sasau seperti mereka, stay cool and relax. Tidak perlu ikut rentak mereka.

Apa nak risau jika kita percaya kepada Tuhan, wang gaji yang di perolehi oleh si perosak perosak ini akan musnah di mamah sedikit demi sedikit kerana tidak berkat. Gaji yang dapat setiap bulan tu, suruh buat kerja hakiki, bukannya suruh buat kerja untuk jadi iri hati, dengki mendengki, bawa budaya politik kotor di organisasi dan lain lain.

Juara Milik Kami

Alhamdulillah, akhirnya kami muncul juara pertandingan futsal anjuran MICTH iaitu sebuah syarikat swasta di Melaka. Memang aku tak sangka melepasi sasaran aku sebenarnya.

Perlawanan demi perlawanan kami harungi, akhirnya juara milik kami dan kemenangan ini sungguh bermakna buat aku sebagai pengurus pasukan dimana secara tidak langsung menutup mulut mulut longkang yang mempertikaikan kebolehan pasukan aku. haha.

Walaupun hadiah tak seberapa dan tidak lumayan (1 hamper, medal dan piala), itu tidak menjadi masalah, yang penting, pasukan aku mencipta nama sebagai Champion. Pasukan yang bertanding rata ratanya hebat hebat belaka dan ada pengalaman bermain, antara nya ialah SAMB ( syarikat air melaka berhad), Putra Hospital FC, Bertam Hulu FC...itu yang menjadikan aku gembira sangat menjadi Champion!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi