banner-2017-mcj bkecik-skytech

Thursday, June 02, 2016

Berebut Rebut Mencari Dosa

Sila pastikan kesahihan sesuatu cerita sebelum menyebarkan (viral), ada yang berebut rebut mencari pahala dan lebih ramai yang berebut rebut mencari dosa, setiap hari berapa banyak dosa kita perolehi akibat dari penyalahgunaan media sosial?

Jika 1000 orang like atau komen artikel yang tidak benar, berapa banyak dosa yang di perolehi secara percuma. Jika tidak pasti, cuba cari fakta yang sebenar, janganlah membuta tuli seperti mencurah minyak kedalam api.

Sebagai contoh di Melaka, isu anak anak yatim yang berniaga air di kaki lima kawasan pentadbiran kerajaan negeri di MITC, pada hakikatnya lokasi berniaga tersebut memang tidak sesuai untuk berniaga, dahla berniaga tanpa lesen, dan tindakan dari pihak perbandaran, adalah berbincang cara baik dengan peniaga terbabit dan membantu mereka mendapatkan gerai majlis yang selesa dan setempat.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi