banner-2017-mcj bkecik-skytech

Tuesday, July 12, 2016

Group Whats App

Berapa banyak group whats app la korang semua create ni, keluarga je ada sampai 4-5 group, group gosip la, group lelaki sahaja la, group perempuan sahaja la...amboi! belum lagi group di pejabat..

Kadang kadang sampai tak terlayan, dan terpaksa left (keluar) group semata mata malas nak layan dan apa yang di share oleh rakan rakan, sangat keterlaluan. Nasihat aku, kalau nak buat group sila pastikan supaya aktif dengan perkongsian maklumat yang berguna, sentiasa memberikan maklumat yang sahih, sentiasa menjaga perasaan ahli ahli group, dan tidak menganggu rakan rakan yang telah mempunyai keluarga di malam hari.

Sebagai contoh, janganlah menghantar kenyataan serta gambar yang ada unsur unsur lucah , politik kebencian yang melampau tanpa memikirkan latar belakang politik ahli ahli di dalam group, jagalah hati mereka, jangan cakap ikut sedap jari dan fikiran kamu sahaja.

Kalau di hitung satu persatu group yang rakan rakan add aku, ada dekat lebih 15 group. Apa apa pun, biarlah bermanfaat dan memberi faedah bersama. 

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi