Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Monday, August 28, 2017

Penantian Suatu Penyeksaan

Semua tak suka lambat dan benci bila berhadapan situasi yang lembab apabila berada di situasi kecemasan, bila kita nak cepat, orang lain pula terhegeh hegeh , bukan manusia juga yang bermacam macam karenah, mesin atau teknologi juga 'buat perangai'.

Kalau kat Melaka, orang luar yang datang ke Melaka, pasti mengalami kemurungan apabila terpaksa berhadapan banyak lampu isyarat di sepanjang 1 KM. Boleh di katakan secara purata sepanjang 1 KM, ada 3 lampu isyarat...lepas tu, terpaksa menunggu lama 180 saat, itu tak apa lah juga, bila time jalan lampu hijau, hanya 20 detik je...ape bende le ni, aku orang melaka, dah biasa menghadap situasi begini, sabar je lah. Tu sebab, naik motor lebih selesa, boleh cilok cilok. 

Sebagai orang IT di syarikat, kadang kadang kerja tak tentu masa, kadang kadang client nak data cepat, lepas tu bos, nak data itu segera...bagi aku tiada masalah untuk menyerahkan waktu yang sama, cuma apabila nak emel atau nak sent data, windows update lah, software license expired lah....peh! memang saat yang paling aku tak suka, kenapa lah tak update semalam ke dua hari lepas ke...nak juga update time kritikal.

Lambat memang menyeksakan......itu sebab ada lagu Penantian suatu penyeksaan by Febian. haha

Sunday, August 27, 2017

Menu Menarik di Cafe RM 5

Kepada semua food lover dan yang suka kan masakan western,  masakan kampung, dan makanan bergoreng, boleh lah cuba datang ke Cafe RM 5, harga ? ermm memang berpatutan dan berbaloi, sesuai dengan situasi semasa iaitu dengan tekanan kenaikan pelbagai harga barang dan kenaikan kos sara hidup..semuanya perlukan duit, duit dan duit!. Tidak perlu lagi berlapar semata mata ikat perut sementara tunggu hujung bulan, korang tidak perlu lagi risau untuk mencari destinasi waktu lunch, dinner dan breakfast...hanya di Cafe RM 5, sudah cukup membuatkan hari hari anda riang dan senyum kembali!! Tak perlu mengikat perut dan berlapar lagi..haha

Cafe RM 5 juga menawarkan menu yang sangat menarik, aku pun sudah 4 kali ke Cafe RM 5 ini mencuba hidangan Asam Pedas Telur Ikan....memang sedap dan berbaloi.

Hah..apa tunggu lagi..jom ke Cafe RM 5, lokasinya di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, landmark nya Balai Polis Taman Tasik Utama Ayer Keroh, untuk semak menu dan nak tengok menu menarik dan istimewa apa yang ada di Cafe RM 5, korang boleh lah akses di FB rasmi nya di

https://www.facebook.com/Cafe-RM5-1440934612668103/

Wow....sekali cuba, pasti nak datang lagi...berbaloi baloi beb, harga pun murah, kalau nak yang set...harga ada tambahan sikit....jom rasa! terbaik!  Alamat kedai Cafe RM 5 ini ialah di No52 jln tu2 taman tasek utama MITC Ayer Keroh Melaka.

Cafe RM 5

Antara hidangan dan menu menarik yang korang boleh cuba di Cafe RM 5 dengan harga yang sangat murah, ialah seperti Asam Pedas telur ikan, Ayam ketuk berempah, Asam Pedas Royal Ayam, Daging Goreng Kunyit...dan ermmmm banyak lagi lah! Apa tunggu lagi...tak cuba tak tahu...jom ke sana!

Cafe RM 5

Demi Sesuap Nasi

11 Tahun kerja sebagai Web Designer, memang sungguh mencabar, berbagai bagai karenah dan ragam client, tekanan jiwa, runsing, kemurungan dibuatnya bila mengadap client yang tak faham bahasa dan menyusahkan, tapi apa nak buat, demi sesuap nasi, biarlah ku hadap perlahan lahan. Kadang kadang rasa macam dah tak sanggup dah nak hadap semua ni,  di pendekkan cerita, lari dari bidang sebagai designer, nak kerja yang selain dari designer...tapi bila aku fikir balik, rasa macam tak berbaloi  lak...yelah belajar sampai diploma dan degree, akhirnya sia sia belajar selama ini, skill pun mati...ermm..

Pengalaman mematangkan diri aku...dan selepas ini, kena fikir dua kali untuk terima job dan melalui dokumen perjanjian hitam putih..barulah lebih terjamin, jika rasa tidak berbaloi pendapatan dengan hasil kerja, tinggalkan sahaja! baik fikir diri sendiri, penat dah asyik fikir hati dan perasaan orang lain je.

Baru baru ni, ada client sent artikel bentuk imej (gambar) yang di ambil dari google, aku jadi lebih stress bila terpaksa buat kerja dua kali, deadline nak cepat..tapi menyusahkan, semua kerja , client ambil mudah...bayar pun tak seberapa. alahai..

Bercakap memang mudah, semuanya indah...tapi yang seksanya adalah AKU...tapi apa nak buat...suka atau tak suka, terima lah sahaja, itulah lumrah pekerjaan sebagai designer.  Bila kau punya design resolution besar, client pula hantar gambar melalui whats app ...silap silap kau jadi gila...haha

Kadang kadang nak tergelak pun ada, macam macam karenah client aku dah jumpa, ada yang dari background IT, bila sent data...macam orang takde otak, tak macam orang faham IT...

Aku yakin, masalah masalah seperti ini banyak yang terjadi kepada sesiapa yang bergelar designer, last word dari aku...SABAR  dan pengakhirannya pasti akan ada kebahagiaan nya di situ. 

Sunday, August 20, 2017

Sangat Tidak Di Perlukan

Betapa canggihnya teknologi kini, penyebaran berita menjadi cepat tersebar, dalam diam diam, musuh dalam selimut yang kita sangka kan kawan baik telah menjadi parasit yang tidak di undang, nasihat aku, buang terus mereka dari media media sosial kepunyaan peribadi. Mereka ini sangat tidak di perlukan dan tidak layak wujud di dalam social life network kita.

Sudah kah anda kenal pasti kawan yang anda accept d facebook ? atau sekadar accept membuta tuli ? peduli kan kata orang dan sikap jaga hati...baik korang amalkan sikap 'pentingkan diri sendiri'. Jangan esok dah 'terkena' baru nak menyesal. Kadang kadang, kita tak tahu dan susah nak baca isi hati orang,  nampak macam baik, tapi jauh di lubuk hati rakan itu, terdapat perasaan cemburu iri hati dan sifat dengki pada kita. Yang nak menjatuhkan kita sebenarnya ramai...

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi