Tahniah kepada peserta yang sudi hadir di latihan membina Laman Web Joomla pada 29 Oktober 2017 (Ahad) yang bertempat di UTC, Jalan Hang Mall, Bandar Melaka. Untuk makluman korang, latihan membina laman web ini di anjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri Melaka di bawah program eMelaka , penyertaan adalah percuma. Program ini berlangsung selama (1) sehari, sepanjang latihan membina Laman Web Joomla ini, peserta mempelajari bagaimana melakukan installation server dan aplikasi joomla, antaranya seperti membina menu, membina artikel, belajar bagaimana untuk preview modul positions, memasang templates kegemaran, memasukkan widget module dan plug ins, dan banyak lagi teknik yang di pelajari di dalam kelas latihan membina Laman Web menggunakan Joomla ini, 

Perisian Joomla ini sangat mudah di kendalikan, hanya drag sahaja widget, kurang penggunaan koding, yang penting kena sentiasa praktis dan sentiasa trial and error (mencuba). Teknik teknik untuk membina laman web saya telah ajar, dan terpulang kepada peserta kelas, semuanya bergantung kepada idea, kreativiti dalam membuat layout laman web masing masing. Tidak susah pun sebenarnya untuk membina laman web, apa yang penting, kena ada kesungguhan untuk datang kelas dan faham teknik teknik yang di ajar menggunakan aplikasi Joomla. Joomla tidak memerlukan penggunaan koding yang rumit, janganlah risau, dengan joomla, tak sampai 10 minit, laman web siap! 

Semua terfikir di minda, bila buat laman web je, takut dan risau, sebab tak faham koding dan sebagainya. Jawapan bagi menjawab ketakutan tersebut, adalah Joomla! 

Masuk dan daftar dalam kelas saya, pasti korang seronok dan akan faham teknik teknik yang betul membina laman web, saya akan ajar sekali membuat design seperti banner atau sebagainya menggunakan Adobe Photoshop dan menggunakan inspect element. Boleh lihat di Sini  

latihan membina Laman Web Joomla


Kursus laman web ini adalah bagi siri yang ke dua untuk pembangunan laman web, dan terima kasih kepada pelajar semua kerana sudi meluangkan masa untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat ini. Bukan mudah untuk menghadirkan diri demi mencari ilmu terutamanya di waktu hujung minggu, siapa yang sanggup menimba ilmu di waktu hujung minggu? Ah, lebih baik berehat di rumah dan tengok TV lagi seronok kan? 

Tanpa ilmu, kehidupan kita akan semakin susah dan ketinggalan ke belakang, itulah pengertian K-Ekonomi, gunakan lah ilmu pengetahuan yang di pelajari untuk menjana ekonomi pendapatan, pasti ada jalan penyelesaiannya. Sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas laman web saya, boleh hubungi saya di 016-6474201. 

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. wah...insya-Allah jika tahun depan ada program lagi macam ni, saya join =)

    BalasHapus
    Balasan
    1. Insha Allah...jika ada umur yg panjang....dan jika mendapat tawaran mengajar....utk course ini.

      Hapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.