Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Sunday, July 02, 2017

Tayar Motor Bocor

Petang raya, tiba tiba tayar motor skuter kesayangan bocor kena paku panjang, adui..hilang mood aku nak beraya, namun apa nak di katakan, tinggalkan lah sekejap berberapa hari sebab tak sabar nak pulang beraya ke rumah mak ayah di kampung. Selepas selesai beraya, aku pun cuba hubungi bengkel untuk datang rumah baiki tayar bocor skuter aku...cakap je berapa aku bayar, asalkan berpatutan lah kan...taman perumahan yang aku duduk ni bukan main jauh lagi kalau nak sampai simpang jalan, lebih kurang 3-4 kilometer, nak bawa motor takut jahanam pula tayar, apetah lagi nak menolak, tak larat lah aku....erm, tiada jalan lain, kena minta pomen datang betulkan juga...maklumlah, tak lama lagi nak start kerja semula, motor ni lah nyawa aku, naik motor senang, mudah dan cepat, jimat lagi!kalau bawa kereta..alamatnya tak sampai office lah ! Melaka kan banyak traffic light...sebatang jalan 1km je, ada 3 traffic light..entah apa apa lah! 

Nasib baik ada satu bengkel india sudi bantu, tips kalau tayar motor bocor...katanya, jangan cabut paku yang termasuk dalam tayar, biarkan je..pomen india tu, beri aku pam dan suruh aku pam tayar..alhamdulillah, selepas pam angin tayar, aku ke bengkel motor india tu...dan tak sampai 10 minit.selesai satu masalah..! Lega...

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi