Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Thursday, February 22, 2018

Semakin Mencabar

Minggu yang cukup sibuk kerana memerah otak dalam menyiap kan projek  tesis semester akhir , dengan hal pejabat yang tak pernah nya nak hilang....ada sahaja yang menganggu. Kadang kadang terasa otak blank sekejap, sebab terlalu banyak hal nak urus...! aduhai

Betul lah kata orang..semakin hari, tahun ke tahun semakin mencabar..! dan untuk mencapai kejayaan, perlu lah mempunyai semangat yang tinggi dan usaha keras! Suka atau tidak, terpaksa lah menghadap....perlahan perlahan, dan aku cuma mengharapkan pengakhiran yang baik dan sempurna..

Maaf kerana kurang update blog buat masa ini, langsung tak sempat juga untuk blogwalking blog rakan rakan...huhu, inshallah jika ada kesempatan dan masa yang lebih, aku akan blogwalking yang blog korang semua...banyak perkara nak update di blog walaupun sibuk, tapi bila buka laptop...! hancur, tak tahu apa nak tulis, lupa apa yang nak di tulis...! haha

Monday, February 12, 2018

Siapa Yang Tidak Sedih

Sedih memang la sedih, siapa yang tidak sedih jika insan yang tersayang, saudara mara terdekat atau kenalan rapat, telah pergi meninggalkan kita buat selama lamanya, memang sedih, dan tiba tiba teringat semula kenangan ketika bersama sama, sayu di hati bila mengenangkan kenangan! 

Aku pernah merasakan kehilangan adik sedara pergi begitu sahaja tanpa di duga, tapi dah tiba 'masa' nya, tiada siapa yang boleh mengelak, mati itu pasti, cuma cepat atau lambat sahaja. Boleh baca artikel sebelum di SINI

Yang menjadi tak faham, bila di waktu kerja, tak masuk pejabat alasan orang kampung meninggal, kawan baik sebelah mak meninggal lah, itu lah, ini lah, sampai ke petang tak masuk pejabat, apa ikut sampai ke kubur sekali ke ? Kan bagus tanam sekali....senang..!

Sedangkan, apabila melawat hanya di luar rumah, bersembang dan berbual seolah olah tak menjadi iktibar kepada diri yang sedang hidup, supaya insaf ! Talkin tu bukan untuk yang telah mati, padahal untuk yang masih hidup, agar menjadi peringatan ...! In fact, this is reality what happen in Malaysia...!

Tuesday, February 06, 2018

Program Mengajar Di Awal Tahun

Tiada apa yang menarik untuk di kongsikan di awal tahun baru 2018 ini, seperti biasa lah, laporan dari program mengajar di bulan januari yang lalu, aku terlibat mengajar dengan dua kelas mengajar iaitu, Kelas Google 3D untuk anak anak dari akademi apa entah (sudah lupa), tapi majoriti anak tamil, dan Microsoft Office Word (Intermediate & Advance). Bagi program Microsoft Word pula, peserta dari Giat Mara, Melaka, kebanyakkannya masih junior first semester, jadi aku lebih memfokuskan pada cara cara penghasilan assignment yang lebih baik..! hehe

program mengajar 2018 emelaka
Google 3D

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi