banner-2017-mcj bkecik-skytech

Wednesday, December 05, 2018

Pelbagai Dugaan Dalam Hidup

Sebagai manusia kita memerlukan masa untuk bersendiri tanpa memerlukan sesiapa untuk menemani, dengan bersendiri mungkin sesetengah orang akan tenteram dan tenang dari masalah di tempat kerja, hal di rumah, ekonomi, dan pelbagai masalah lagi yang menimpa..selagi namanya manusia, memang tidak lari dari di uji masalah dan dugaan.

Aku juga manusia biasa yang kadang kadang menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup, orang di sekeliling tak faham apa yang kita lalui, dan jika tersalah pilih orang untuk mendengar masalah kita, akan jadi lebih kritikal lagi...kerana orang sekeliling hanya mampu mendengar, dan bersimpati, jika yang tak faham situasi kita, mereka akan 'mentertawakan' kita di dalam diam...kerana mungkin ada yang  mahu melihat kita tersungkur, nasihat aku janganlah mudah percaya pada orang kecuali anggota keluarga kita, dan jangan pula menghebahkan masalah kita pada teman teman, media sosial dan lain lain. Bertenang dan cari cara yang lebih mendamaikan...ingat tuhan, lihat pula pada sekeliling kita dan jadikan inspirasi pada kita untuk terus berjaya...contoh nya, kalau kita rasa hidup susah sangat di sebabkan ekonomi yang tidak stabil, cubalah lihat pada sekeliling kita...ada yang lebih susah dari kita sebenarnya....lihat bagaimana mereka menyambung hidup...!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi