banner-2017-mcj bkecik-skytech

Wednesday, September 11, 2019

Dunia Semakin Pelik

Salam dan selamat sejahtera semua, post kali ini, santai dan sekadar renungan bersama, dan apa yang terjadi di alam realiti anda semua, dunia semakin tenat dengan keadaan manusia yang semakin berbagai bagai karenah. aku bukan lah seorang yang baik, cuma hasil kesan dari didikan mak ayah dan lahir di era 80an, masa tu, adab bila bercakap dan tahap menghormati orang terlalu tinggi, dan akhirnya aku menjadi manusia yang hormat orang tua dan menjadi manusia bertoleransi.

Dari apa yang aku lihat kini, budak budak sekarang langsung tiada adab hormat orang sekeliling, sebagai contoh di kedai makan, apabila mereka berbual bual semua perkataan lucah dan nama haiwan haram semua keluar, jika perlahan tak apa lah juga, ini dah macam perkampungan mereka..bercakap tanpa ambil kira siapa yang ada sekeliling...langsung tak hormat orang. Malu aku pada anak anak...nasib baik anak anak tidak terikut apa yang mereka sebut sebut tadi.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi