Salam, oleh kerana ramai yang bertanya soalan ini kepada aku, kali ini aku nak share kepada korang Macam mana nak buat pendaftaran dan dalam masa yang sama boleh guna handphone, scan dan isi maklumat, selesai! , maksudnya tiada kertas di perlukan (paperless) lagi, ermm lagi satu (1) bulan lebih nak masuk tahun 2020 wei, tapi masih ada yang guna lagi kertas untuk tujuan pendaftaran..haha. Come on la..! 

Ok post artikel pasal Cara cara membina Bar Code korang boleh lihat di SINI . Sangat mudah..aku prefer korang buat form pendaftaran dahulu, sekarang dah mudah, tak perlu ada pengetahuan pasal coding skrip, korang boleh guna kan google form sahaja.

Mari kita lihat Cara Cara Nak Membuat Pendaftaran Online Menggunakan Barcode.


1) Ok cara caranya nya adalah seperti ; sebelum tu, login emel gmail masing masing, zaman sekarang ni, semua orang ada emel, mustahil takde kan...so,login siap siap emel seperti biasa dan seterusnya pergi ke pautan https://www.google.com/intl/en-GB/forms/about/  atau klik di SINI .  Sila rujuk pada gambar 1A di bawah.

Cara Cara Nak Membuat Pendaftaran Online Menggunakan Barcode
Gambar 1A
2) Selepas itu, pilih Go to Google Forms , dan pilih Blank atau jenis jenis template yang di sediakan. (Rujuk Gambar 1B di bawah)

Cara Cara Nak Membuat Pendaftaran Online Menggunakan Barcode
Gambar 1B
 3) Kemudian, buat soalan soalan sesuai mengikut citarasa anda...kalau perasan di sebelah kanan ada simbol (+) tu, boleh click nak pattern soalan macam mana, ada yang jenis dropdown, short question dan sebagainya.

Cara Cara Nak Membuat Pendaftaran Online Menggunakan Barcode
Gambar 1C
4) Selepas dah masukkan soalan, boleh lah anda click pada butang SEND di atas, untuk di google hantar URL link form anda itu. (Rujuk Gambar 1D)

Cara Cara Nak Membuat Pendaftaran Online Menggunakan Barcode
Gambar 1D
 5) Selepas itu, check emel anda (rujuk Gambar 1E dibawah) dan klik sekali, anda akan di bawa kepada form yang telah di hasilkan tadi. Dapatkan URL tersebut, dan copy paste ke dalam Bar Code Anda..... kalau nak bina barcode, cadangannya ialah QR Code..boleh lihat tutorial nya di SINI

Cara Cara Nak Membuat Pendaftaran Online Menggunakan Barcode
Gambar 1E
Semasa pendaftaran nanti, semua peserta kena install Barcode Scanner yang boleh di muat turun di Google Play smartphone masing masing...scan dan fill in maklumat, SELESAI PENDAFTARAN , baru canggih ! kan ? Bagi yang selesa menggunakan smartphone, boleh muat turun di Google Play Store, cari Forms App .

Semoga bermanfaaat....

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.